Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
41) INDUSTRI AERO ANGKASA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor memberikan tumpuan kepada Industri Aero angkasa, apakah usaha kerajaan untuk memperlengkapkan tenaga kerja atau pelatih dalam industri ini?
Pihak Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa industri Aero Angkasa adalah salah satu industri yang beropetensi untuk berkembang di Negeri Selangor dan merupakan antara industri tumpuan utama untuk dibangunkan di Negeri Selangor. Ini berdasarkan faktor kedudukan Negeri Selangor yang strategik sebagai destinasi pelaburan disamping dengan kemudahan infra yang lengkap. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Selangor Aerospace Council untuk memacu dan memperkasakan industri aero nagkasa di Negeri Selangor sebagai salah satu industri yang bakal menjana pertumbuhan ekonomi negeri dan menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia.
- Selangor Aerospace Council berperanan untuk;-
- Menentukan halatuju industri Aero Angkasa Smart Selangor. ii. Menentukan bidang-bidang industri Aero Angkasa yang perlu diberi keutamaan.
- Merancang polisi pembangunan modal insan di dalam industri Aero Angkasa di Negeri Selangor
Merancang dan membentuk Smart Selangor Aerospace Blueprint & Action Plan
Bagi menyediakan penawaran tenaga kerja mahir dalam industri ini, pihak Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pusat-pusat latihan sedia ada yang menawarkan kursus atau latihan dalam industri penerbangan seperti Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT)
Selain itu, Kerajaan Negeri juga melihat potensi peluang-peluang kerjasama antara pihak Unisel dan pihak industri yang berkaitan untuk menyediakan program latihan atau kursus dalam bidang aero angkasa bagi melahirkan pekerja mahir untuk industri tersebut.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi pengambilan tenaga manusia dikalangan golongan muda yang keciciran?
Antara perancangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi pengambilan tenaga manusia terutamanya golongan muda yang keciciran ialah dengan melaksanakan program berikut;-
- Melaksanakan Program Pembangunan Bakat dengan kerjasama Selangor Human Resource Development Center (SHRDC) yang dikenali sebagai
Program YES : Youth Enhancement Strategy Selangor (Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia Selangor). Program YES disasarkan kepada belia dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berjaya ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk diberi peluang menjalani latihan persijilan bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri.
- Program Kerjaya berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dan satu Program Karnival Kerjaya (Job Fair 2016 secara besaran) di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan dengan mengadakan temuduga terbuka (walk in interview) oleh syarikatsyarikat yang memerlukan pekerja.
- Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) bertujuan untuk membantu para siswazah dan rakyat Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam meningkatkan pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan samada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran teknikal sebagai contoh bidang keusahawanan seperti Penternakan, Bakeri, Percetakan Segera, Jahitan Pakaian, Mutawwif, Rawatan Wanita Selepas Bersalin, Jurubekam Klinikal Bertauliah Penjagaan Awal Kanak-Kanak, Makanan Ringan (cendul dan laksa), Penyelengaraan Penyaman Udara, Penyelenggaraan Motosikal, Kesetiausahaan, Pemasaran Internet dan kontraktor binaan kecil-kecilan. Peserta terdiri daripada suri rumah, pesara, belia dan ibu tunggal.
- Menganjurkan kursus dan latihan keusahawanan untuk belia bagi memberi pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat – maklumat bantuan kewangan.
-
Apakah bentuk latihan kemahiran yg ditawarkan?
Sehingga kini masih belum program latihan kemahiran yang ditawarkan dan pihak Kerajaan Negeri masih meninjau potensi peluang-peluang kerjasama antara pihak Unisel dan pihak industri yang berkaitan untuk menyediakan program latihan atau kursus dalam bidang aero angkasa bagi melahirkan pekerja mahir untuk industri tersebut mengikut keperluan pihak industri.