Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

34) ELAUN GURU KAFA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pembayaran elaun Guru KAFA mengikut tahap kenaikan sebagaimana diumumkan dalam belanjawan 2016 sehingga Jun 2016?

    Jumlah pembayaran kenaikan Elaun Guru KAFA bagi tahun 2016 adalah seperti di LAMPIRAN 1.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaraskan jumlah kenaikan elaun pada masa akan datang?

    Semua guru lantikan sebelum 2016 akan mendapat elaun yang sama dan selaras menjelang tahun 2031. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri akan mengkaji serta meneliti kontrak S17 kepada guru-guru KAFA di KAFA Integrasi dan DG29 kontrak kepada guru-guru KAFA di SRA, SRAI & Pra Sekolah Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.