Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
29) PEMBANGUNAN SENI BUDAYA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan seni dan budaya setempat di setiap daerah?
PADAT telah berjaya mengumpulkan jawapan daripada agensi bertanggungjawab dan berikut adalah jawapan yang diberikan. Pembangunan seni dan budaya setempat dilaksanakan oleh PBT dan pejabat daerah. Kerajaan melalui agensi-agensi terbabit sedang dalam usaha untuk mengetengahkan kebudayaan khusus bagi daerah tersebut antaranya seperti tarian tradisional, makanan tradisi, kraftangan dan sebagainya. Antara contoh program yang danjurkan oleh PBT, dan pejabat daerah adalah seperti bengkel tarian, pertandingan muzik, festival dan sebagainya.
Sementara di pihak PADAT antara program yang diadakan bagi pembangunan seni dan budaya setempat adalah seperti Temasya PADAT: Budaya dan Warisanku, Temasya Seni Muzik Cempuling 25 Jam Tanpa Henti, dan lain-lain.
-
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan menubuhkan institusi atau akademi kesenian dan kebudayaan?
PADAT telah berjaya mengumpulkan jawapan daripada agensi bertanggungjawab dan berikut adalah jawapan yang diberikan. Buat masa ini pihak kerajaan belum merancang untuk menubuhkan institusi atau akaedmi kesenian dan kebudayaan.
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam pemeliharaan seni dan budaya Orang Asli di Negeri Selangor?
PADAT telah berjaya mengumpulkan jawapan daripada agensi bertanggungjawab dan berikut adalah jawapan yang diberikan. Pemeliharaan seni dan budaya Orang Asli di negeri Selangor dilaksanakan oleh beberapa agensi iaitu PBT dan Tourism Selangor. Antara rancangan yang dilakukan adalah melalui penganjuran festival kesenian seperti Selangor International Indigenous Arts Festival 2016, Festival Orang Asal 2015, Karnival Kebudayaan dan Kesenian Orang Asli 2014. Selain daripada penganjuran program, pemeliharaan turut dilakukan melalui pembangunan yang telah dilakukan di perkampungan orang Asli Sungai Rasau Hilir untuk dijadikan sebagai produk pelancongan. Dan di pihak PADAT pula, penyelidikan dan dokumentasi pantang larang masayarakat orang Asli sedang dijalankan untuk sebahagian daripada kajian Pantang Larang Masyarakat di Selangor.