Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
28) BANTUAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Agihan serahan kepada rawatan dan perubatan, berapa peratus daripada keseluruhan agihan?
Untuk makluman sehingga bulan Jun 2016, LZS telah mengagihkan zakat sebanyak RM358.3 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 9 juta iaitu 11 peratus telah diagihkan bagi tujuan perubatan kepada asnaf fakir, miskin, mualaf dan gharimin. Butirannya adalah seperti berikut:
AGIHAN PERUBATAN BAGI JAN-JUN 2016
JAN-JUN 2016 Agihan Keseluruhan RM358,268,471 Bantuan Perubatan RM37,865,229 Peratus Bantuan Perubatan Yang Diagihkan 11% -
Apakah jenis perubatan yang tinggi agihannya?
Bantuan rawatan dialisis merupakan bantuan tertinggi yang disalurkan oleh LZS bagi tempoh Jan-Jun 2016 dengan jumlah agihan sebanyak RM23.7 juta melibatkan seramai 2,310 orang pesakit.
-
Bagaimanakah perancangan sekiranya permohonan melebihi daripada terimaan sumbangan zakat?
Sekiranya permohonan bantuan yang diterima tinggi dan melebihi terimaan sumbangan zakat, masyarakat harus maklum mereka tidak boleh mengharap kebergantungan kepada LZS semata-mata.
Bagaimanapun, LZS akan memberi keutamaan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf yang merupakan asnaf muqaddam (paling utama). Manakala bagi asnaf selain daripada yang disebutkan, mereka boleh memohon bantuan kepada pihak yang berkaitan seperti PERKESO, KWSP, NGO dan mahupun Tabung Bantuan Perubatan Malaysia yang turut menerima sumbangan dari LZS.