Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
25) SYARIKAT KONSENSI TEMPAT LETAK KERETA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan syarikat, nilai dan tempoh kontrak serta lokasi untuk tempat letak kereta awam yang diswastakan mengikut pecahan PBT.
Jadual: Pecahan Syarikat Konsesi , Nilai dan Tempoh Kontrak serta Lokasi
Untuk Tempat Letak Kereta Awam Yang Diswastakan Mengikut Pecahan PBT
PBT SYARIKAT KONSESI NILAI TEMPOH KONTRAK LOKASI MBSA Syarikat Suasa
Efektif (M) Sdn
Bhd
34,669 petak 20 tahun Seksyen 2 hingga Seksyen U20
MBPJ Godell Parking Sdn Bhd 9,300,000.00 2/1/2000 – 31/12/2019 (20 TAHUN)
Tempat Letak Kereta “On-
Street” Di
Kawasan
Petaling Jaya.
Selangor 780,000.00 1/1/2015 – Kompleks Letak Industrial Corporation 31/12/2017 (3 TAHUN)
Kereta A, Jalan 52/1, Petaling
Jaya
Era Success Resources 183,600.00 1/8/2015 – 31/7/2018
(3 TAHUN)
Kompleks Letak Kereta C, Jalan
Sultan Petaling
Jaya
Orbitech Solution Sdn Bhd 540,000.00 1/3/2015 – 28/2/2018
(3 TAHUN)
Kompleks Letak Kereta Seksyen
14, Jalan 14/21,
Petaling Jaya
First City Parking Sdn Bhd. 138,000.00 1/8/2014 – 31/7/2016
(2 TAHUN)
Kompleks Letak Kereta Seksyen
4, Jalan Othman,
Petaling Jaya
MPK
TIDAK MELAKSANAKAN LAGI MPAJ Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn Bhd
1,273,553.28 20 Tahun
Seluruh kawasan Ampang Jaya MPSJ Godell Parking Sdn. Bhd
7,259.000.20
20 Tahun Seluruh kawasan tempat letak kereta awam di kawasan MPSJ
MPS Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd
MPS sebanyak 30% dan Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn Bhd 70%.
bermula 3 Disember
1998 sehingga kini
MPKj Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd
menerima bayaran sewaan sebanyak
RM15.29 sepetak dengan bayaran 4% sebulan
daripada jualan
20 Tahun
-Pekan Batu 11, Balakong
-Taman Taming
Jaya, Balakong
-Taman Majlis
Jaya, Sg. Chua,
Kajang -Taman Saga,
Sg.
tiket tempat letak kereta. Chua, Kajang -Pekan Kajang
Metropoint
Kajang(Lokasi
Baru)
MPSp Suasa Efektif (M) Sdn Bhd – 20 tahun (1999-2019)
Keseluruhan Sepang
MDKL Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. 144,000.00 20 TAHUN Bandar Banting Taman
Cempaka,
Banting
Taman Baiduri,
Banting
Telok Panglima
Garang
Bandar Sungai
Emas
MDHS
Majlis Daerah Hulu Selangor masih belum melaksanakan Sistem Tempat Letak Kereta Berbayar.
Syarikat konsesi yang telah dilantik melalui perjanjian yang telah ditandatangani pada 5/8/1999 adalah Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. Tempoh kontrak adalah 20 tahun dari tahun pengambilalihan / pelaksanaan sistem parkir.
MDKS Suasa Efektif (M) Sdn Bhd 11.00 sebulan 20 tahun Kawasan pentadbiran MDKS
MDSB
TIDAK MELAKSANAKAN LAGI
Nota: Sumber didapati daripada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (PBT).
-
Mengapakah tempat letak kereta awam hendak diswastakan kepada syarikat konsensi?
Kerajaan Negeri meluluskan dasar penswastaan perkhidmatan tempat letak kereta awam pada tahun 1998 kerana ingin membantu PBT-PBT mengurangkan kos pengurusan dan penyelenggaraan disamping meningkatkan fasiliti dan kemudahan parkir awam di kawasan PBT.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengkaji semula perjanjian konsensi yang telah ditanda tangani?
Pelaksanaan Sistem Kutipan Hasil Tempat Letak Kereta Bersepadu Secara Bayar dan Peraga di seluruh Negeri Selangor telah diswastakan kepada dua (2) Syarikat iaitu Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn Bhd.(SESB) dan Syarikat Godell Parking Sdn Bhd (GPSB) berdasarkan kepada keputusan Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 10/98 pada 1 April 1998. Dalam hal ini, tiada perjanjian utama ditandatangani antara pihak Syarikat dengan Kerajaan Negeri. Perjanjian hanya ditandatanagni oleh keduadua Syarikat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tempoh selama 20tahun dan berakhir pada tahun 2019 dan 2020. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengkaji semula perjanjian konsesi tersebut.