Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

19) BAS SMART SELANGOR DI LUAR BANDAR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos perbelanjaan bagi penyediaan Bas Smart Selangor di luar bandar

    Pelaksanaan Bas Smart Selangor di luar bandar pada tahun 2016 melibatkan enam (6) kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Selayang, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Kos perbelanjaan yang ditanggung Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM4,363,532.64 bagi penyewaan bas, penyelenggaran dan pengoperasian bas tersebut oleh operator bas yang telah dilantik.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menjalankan kaji selidik kepuasan penumpang terhadap Bas Smart Selangor di luar bandar?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau pencapaian perkhidmatan Bas Smart Selangor melalui kaedah bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut di semua PBT. Di peringkat PBT, pemantauan berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memberi kepuasan dan keselesaan terhadap penumpang. Berbalik kepada soalan YB, perkara tersebut adalah suatu yang baik dan boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan pada masa hadapan.

  3. Nyatakan jumlah penumpang Bas Smart Selangor di luar bandar setakat ini.

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor luar bandar yang melibatkan enam (6) PBT baru beroperasi pada pertengahan Mei 2016. Jumlah penumpang sehingga 30 Jun 2016 adalah sebanyak 99,628 penumpang dan pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:

    Statistik Penumpang Bas Smart Selangor Dari Mei 2016 hingga 30 Jun 2016 

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) JUMLAH PENUMPANG
    1 Majlis Perbandaran Selayang 65,156
    2 Majlis Perbandaran Sepang 4,252
    3 Majlis Daerah Kuala Langat 9,417
    4 Majlis Daerah Sabak Bernam 6,355
    5 Majlis Daerah Kuala Selangor 4,185
    6 Majlis Daerah Hulu Selangor 10,263
    Jumlah Keseluruhan 99,628

Lampiran

Tiada Lampiran.