Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

15) BEKAS POLISTERIN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri atau mana mana PBT telah melarangkan pengunaan bekas polisterin di Selangor?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menimbang dan meluluskan Cadangan Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polistirena di Negeri Selangor melalui Kertas Pertimbangan MMKN Ke 21/2016 yang telah diadakan pada 23 Jun 2016 dan telah disahkan oleh MMKN ke 22/2016 pada 13 Julai 2016.

    Pelaksanaan pengurangan penggunaan beg plastik dan polistirena di Negeri Selangor akan dilaksanakan pada setiap hari bermula bulan Januari 2017. Namun begitu, semua majlis rasmi dan bangunan kerajaan Negeri Selangor harus menghentikan penggunaan beg plastik dan polistirena pada setiap hari bermula bulan September 2016.

    Kerajaan Negeri turut menyambut baik inisiatif PBT-PBT yang telahpun melaksanakan kempen ini di kawasan pentadbiran masing-masing. Berikut adalah butiran pelaksanaan pengurangan penggunaan beg plastik dan polistirena di peringkat PBT:

    PBT TARIKH KUATKUASA

    LARANGAN

     

    PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

    (JIKA ADA)

    MBSA 16 Mei 2016 Undang-Undang Kecil Penjaja (Tidak mematuhi syarat permit)
    MBPJ 1 Sept 2016 Undang-Undang Kecil Penjaja (Tidak mematuhi syarat permit)
    MPSJ 6 Jun 2015 Undang-Undang Kecil Penjaja (Tidak mematuhi syarat permit)
    MPSP 2015 Undang-Undang Kecil Penjaja (Tidak mematuhi syarat permit)
    MPAJ 1 Jun 2015 Tiada
    MDHS 1 November 2015

    (hanya di kawasan pejabat sahaja)

    Tiada
    MPK Tiada Tiada
    MDKL Tiada Tiada
    MDKS Tiada Tiada
    MDSB Tiada Tiada
    MPS Tiada Tiada
    MPKJ Tiada Tiada

    Sumber: semua PBT Negeri Selangor

  2. Apakah tarikh ia berkuatkuasa?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Apakah peruntukan undang-undang sediada untuk menguatkuasakan larangan ini?

    Buat masa ini, kerajaan negeri dan PBT masih belum mengeluarkan peruntukan undang-undang khas berhubung larangan penggunaan bekas polistirena.

Lampiran

Tiada Lampiran.