Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

10) PELUANG PEKERJAAN DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelabur-pelabur di Selangor pada tahun 2016.

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2016, sebanyak 51 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor. Daripada projek yang diluluskan ini, sebanyak 2,933 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam sektor perindustrian.

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah peluang pekerjaan di Selangor?

    Bagi meningkatkan peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri melalui agensi pelaburan negeri telah meningkatkan program promosi pelaburan bagi memperkenalkan peluang – peluang pelaburan di Selangor untuk menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Negeri Selangor.

    Antara program promosi pelaburan yang dirancang dan dilaksanakan seperti berikut;-

    • Meningkatkan program promosi pelaburan di dalam dan luar negara.
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    • Penerbitan iklan-iklan dalam media cetak dan media elektronik dalam dan luar negara.
    • Program – program pertemuan dengan pelabur sedia ada bagi membantu menyelesaikan isu berbangkit.
    • Program pertemuan dengan pihak kedutaan dan dewan-dewan perniagaan asing.
    • Penyertaan di dalam pameran-pameran yang berkaitan dalam dan luar negara.
    • Memantau kemajuan serta membantu mempercepatkan proses kelulusan cadangan – cadangan projek pelaburan melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang dipengerusikan oleh YB EXCO.
    • Mengadakan mesyuarat IPMC secara berkala bagi membantu menyelesaikan isu – isu infra di kawasan – kawasan perindustrian melalui Mesyuarat IPMC yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Meningkatkan program Engagement bersama
    • Initiatif E – Commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran mereka.
    • Invest Selangor Talent Initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang diperlukan.
    • Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada pelabur.

Lampiran

Tiada Lampiran.