Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
260) PEMBERIMILIKAN TANAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah pemberimilikan tanah telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat sepanjang tahun 2008 hingga 2015? Sila senaraikan mengikut tahun.
- a) dan b)
Jumlah pemberimilikan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seperti berikut:-
JUMLAH PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN DI BAWAH SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA MENGIKUT DAERAH
DARI TAHUN 2008 HINGGA 2015
BIL. TAHUN/ DAERAH 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 1. Petaling 91 161 47 30 68 40 34 52 2. Klang 132 49 26 31 47 57 39 66 3. Gombak 332 174 80 43 121 56 77 68 4. Hulu Langat 274 150 52 38 54 128 72 128 5. Kuala Langat 31 25 21 30 79 32 21 23 6. Kuala Selangor 152 75 42 67 109 40 97 56 7. Sepang 100 90 34 53 50 29 16 55 8. Hulu Selangor 155 68 86 61 84 62 64 84 9. Sabak Bernam 104 73 58 34 56 51 158 62 JUMLAH
1,371 865 446 387 668 495 578 594 Sumber: Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)
-
Sila senaraikan pemberimilikan tersebut mengikut daerah di Negeri Selangor.
-
Daripada jumlah pemberimilikan di atas, berapakah pemberimilikan diberi kepada orang Melayu, Cina dan India?
Pejabat Tanah tiada rekod khusus pemberimilikan tanah mengikut kategori kaum kerana dasar pemberimilikan tanah yang dilaksanakan di Negeri Selangor tidak mengenakan pengkhususan kuota. Selain itu, kelayakan pemohon untuk memohon pemberimilikan tanah adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara dan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Pekeliling PTGS Bilangan 6/2011, seperti pemohon telah mengusahakan tanah 3 tahun sebelum tarikh 1 Januari