Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
254) BANTUAN KEWANGAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah bantuan kewangan Yayasan Selangor masih wujud?
Bantuan kewangan Yayasan Selangor masih wujud dengan dua bentuk:-
- BIASISWA DAN DERMASISWA
Biasiswa kecil, Biasiswa Khas dan Dermasiswa kepada pelajar peringkat sekolah menengah di bawah tajaan Yayasan Selangor.
- PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR
Pinjaman Pelajaran masih diteruskan pembiayaannya bagi pelajar-pelajar yang masih dalam pembiayaan pinjaman Yayasan Selangor dan juga tambahan Pinjaman Pelajaran bagi pelajar-pelajar sedia ada yang melanjutkan pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi (Diploma dan Ijazah).
-
Nyatakan jumlah pelajar yang mendapat manfaat daripada bantuan kewangan Yayasan Selangor pada tahun 2015.
Jumlah pelajar yang mendapat manfaat melalui:
- Biasiswa / Dermasiswa adalah seramai 3,924 orang
- Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor adalah seramai 183 orang
-
Adakah Yayasan Selangor akan menambah jumlah bantuan tersebut?
Yayasan Selangor mempunyai perancangan untuk penambahan bantuan dalam bentuk Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor terutamanya bagi bekas pelajar- pelajar di bawah tajaan Yayasan Selangor dengan jumlah bajet mengikut kemampuan Yayasan