Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
253) ADAT DAN SENI WARISAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah seni warisan yang ada dan boleh dijadikan sebagai identiti Negeri Selangor?
Merujuk Akta Warisan Kebangsaan 2005, seni warisan termasuk dalam kategori “warisan tidak ketara”. Ia terdiri daripada seni persembahan, seni muzik, adat dan budaya, permainan tradisional, makanan warisan, seni halus dan busana tradisi. Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015), PADAT telah melaksanakan penyelidikan dan mengadakan “Konvensyen Identiti Negeri Selangor” bagi mengenalpasti seni warisan yang boleh dijadikan identiti Negeri Selangor. Antara seni warisan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:-
1. SENI PERSEMBAHAN
- Tarian Piring Selangor
- Cempuling
2. PERMAINAN TRADISI
- Wau Kapal Selangor
3. SENI HALUS
- Telepuk (Kain Samping)
- Kelingkan (Selendang/Selempang)
4. BUSANA
- Kebaya Selangor
5. MAKANAN
- Masakan
- Nasi Ambeng
- Kuih Muih
- Kuih Kacau
-
Apakah seni warisan yang ada dan boleh dijadikan sebagai identiti Negeri Selangor?
Senarai program/aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam mempromosikan seni warisan dan adat di Negeri Selangor di bawah PADAT adalah sepertimana berikut:-
Bil Tajuk Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1.
Bengkel Busana Selangor
( Teknik Pemakaian Sampin dan Setanjak )
3-4 April 2012
2.
Bengkel Jahitan Kebaya Selangor
24-26 April 2012
3.
Program Kembara Muziumku Warisanku ( Shah Alam- Jugra- Shah Alam )
26 Mei 2012
4.
Program Muzium dan Warisan
· Daerah Kuala Selangor
· Daerah Sabak Bernam
· Daerah Hulu Langat
15-16 Jun 2012
8-9 Nov 2013
31 Mac 2012
5.
Bual Bicara Adat dan Adab
22 Oktober 2013
6.
Bicara Seni : Kompang Seni Tradisi Melayu
30 Okt 2012
7.
Bengkel Seni Tari: Zapin Cemara Bugis
3-4 Disember 2013
8.
Temasya Adat dan Warisan
21-23 Jun 2013
9.
Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Negeri Selangor
2 April 2014
10.
Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Petaling 2014
16-23 Jun 2014
Bil Tajuk Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 11.
Seminar Pantang Larang Masyarakat Di Selangor
26-27 November 2014
12.
Seminar Memartabatkan Adat Resam Perkahwinan Melayu
22 September 2015
13.
Sembang-sembang Warisan : Tekat Gubah Benang Emas
13 Julai 2015 14.
Program KampungKu KesayanganKu
· Daerah Sabak Bernam
· Daerah Kuala Selangor
· Daerah Klang
· Daerah Kuala Langat
· Daerah Petaling
· Daerah Sepang
· Daerah Gombak
· Daerah Hulu Selangor
12-13 Feb 2015
6-7 Mac 2015
16-17 April 2015
2- 3 Mei 2015
9- 10 Sept 2015
2-3 Okt 2015
23-24 Nov 2015
4-5 Dis 2015
15.
Temasya PADAT ‘Budaya dan WarisanKu’ :
· Bengkel dan Pertandingan Tarian Piring
· Bengkel dan Pertandingan Seni Khat
· Pertandingan Masakan Tradisional
27 Okt 2015
16.
Temasya Seni Cempuling 25 Jam Tanpa Henti ( Malaysia Book Of Record )
19-20 Dis 2015
17.
Penyelidikan dan Penerbitan buku seni warisan dan adat Melayu Negeri Selangor seperti berikut :
· Buku Kebaya Selangor
· Buku Kelingkan
· Buku Telepuk
· Buku Wau Kapal
Dicetak pada tahun 2015
i. PERANCANGAN AKTIVITI/PROGRAM BAGI TAHUN 2016
Bil Tajuk Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1.
Program KampungKu KesayanganKu
Mac – Nov 2016
2.
Program Seni Sulaman Tekat Gubah Terpanjang
( Malaysia Book Of Record )
Ogos 2016
3.
Festival Tarian Piring Negeri Selangor
Okt 2016