Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
252) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci jumlah perbelanjaan IDE pada tahun 2015.
Perbelanjaan IDE pada tahun 2015 adalah seperti berikut:
- Pengurusan dan Operasi RM961,280.00
- Kluster Polisi dan Ketamadunan RM19,032.00
- Kluster Penyelidikan RM250,847.00
- Kluster Pendemokrasian dan Ekonomi RM24,045.00
- Kluster Pendidikan Politik dan Demokrasi RM126,726.00
- Kluster Pendidikan dan Kebudayaan RM12,731.00
- Kolaborasi dan jaringan RM83,632.00
-
Senaraikan hasil kajian IDE pada tahun 2015.
IDE melaksanakan program dan aktivitinya meliputi 4 kluster utama iaitu Kluster Penyelidikan, Kluster Polisi dan Ketamadunan, Kluster Pendidikan Politik dan Demokrasi, Kluster Pendemokrasian dan Ekonomi, Kluster Pendidikan dan Budaya.
Dalam tempoh singkat awal penubuhannya, hasil kajian dan penyelidikan utama IDE yang dijalankan pada 2015 adalah sepertimana berikut:
- Kajian Persepsi Rakyat Permatang Pauh berkaitan Pilihan Raya Kecil P044 kesannya terhadap Selangor pada April
- Kajian Persepsi Rakyat Selangor Siri 1, pada Julai
- Kajian Persepsi Rakyat Selangor Siri 2, pada November 2015. Keduanya melibatkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri. Kajian ini mengukur landskap persepsi rakyat berkaitan dengan isu semasa, pihak berkuasa tempatan (PBT), polisi dan
- Kajian Iklim Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Impak Kaitannya Dengan Senario
- Projek Penyelidikan Maqasid Syariah dengan meliputi program kajian terjemahan, penyelidikan Bengkel Pakar Maqasid Syariah secara berkala dan Kuliah bersiri Maqasid Syariah. IDE sedang menggerakkan projek terjemahan berkaitan dengan Maqasid Syariah yang ditulis oleh Sheikh Ahmed al-Raissouni, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ramai
- Membantu Projek rintis pembangunan Generasi Muda melalui mewujudkan model awal pusat sehenti aktiviti generasi muda iaitu ADAB YOUTH GARAGE (AYG) bermula di AYG Bangi dan AYG Kota Damansara.
Selain melakukan projek penyelidikan, IDE juga mengadakan siri-siri pencerahan secara berkala bagi kepentingan rakyat Selangor yang meliputi seminar, latihan, wacana dan diskusi yang mencakupi isu-isu kenegaraan, demokrasi dan politik, sosio budaya, pendidikan, belia dan antarabangsa.