Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
241) PERUNTUKAN KEPADA YDP UNTUK KERJA-KERJA INDEN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah peruntukan kepada YDP dan Datuk Bandar untuk melaksanakan kerja-kerja inden di setiap kerajaan tempatan setiap tahun?
A) dan b)
Tiada peruntukan kepada Datuk Bandar dan YDP untuk melaksanakan kerja- kerja inden di PBT setiap tahun. Pelaksanaan kerja-kerja inden di PBT setiap tahun adalah berdasarkan kepada peraturan dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa.
Penggunaan inden adalah bagi tujuan perolehan kerja dan dikeluarkan oleh PBT-PBT Negeri Selangor selaras dengan peraturan kewangan dan tujuan inden dikeluarkan adalah seperti berikut:
- Kerja-kerja kemudahan jalan
- Kerja-kerja kemudahan talian dan pengairan
- Kerja-kerja penyelenggaraan bangunan
- Kerja-kerja pendawaian elektrikal
- Kerja-kerja kecil penyelenggaraan kemudahan awam
Secara keseluruhan, sebanyak 2,514 inden telah dikeluarkan oleh semua PBT di Negeri Selangor dan berjumlah RM74 juta pada tahun 2015. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:
Tahun 2015 PBT Bilangan Inden yang dikeluarkan Jumlah RM MBSA 324 3,871,312.61 MBPJ 47 1,002,110.96 MPK Tiada Maklumat 500,000.00 Tahun 2015 PBT Bilangan Inden yang dikeluarkan Jumlah RM MPAJ 229 11,665,820.81 MPSJ 175 2,732,621.30 MPS 624 11,519,866.28 MPKJ 629 12,479,251.91 MPSP 167 3,084,209.80 MDKL 96 1,642,487.40 MDHS 52 1,209,298.00 MDKS 171 24,818,491.52 MDSB Tiada JUMLAH 2,514 74,525,470.59 -
Senaraikan kegunaan peruntukan ini bagi tahun 2015 untuk setiap PBT