Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

237) TAMAN CAHAYA ALAM (BUKIT CERAKAH)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri akan terlibat membangunkan Taman Botani Negara Shah Alam (Bukit Cerakah)?

    Semua permohonan dan pembangunan yang hendak dijalankan di TBNSA perlu mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Negeri

  2. Apakah Kerajaan Negeri akan mengiktiraf pengusaha yang pernah melabur dan membangunkan mana-mana bahagian di taman tersebut?

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih meneliti penyelesaian yang terbaik bagi mengiktiraf atau tidak pengusaha yang pernah melabur dan membangunkan mana-mana bahagian di taman tersebut. Ini adalah kerana pembangunan fasiliti kekal di Hutan Simpanan Kekal adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Semua aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah mematuhi permit penggunaan yang diluluskan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara

     

  3. Apakah Kementerian Pertanian mempunyai perjanjian untuk mendapatkan hak mutlak ke atas taman tersebut?

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tiada hak mutlak ke atas TBNSA. Ini adalah kerana, TBNSA telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor iaitu Hutan bagi maksud-maksud persekutuan dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 27/2015 bertarikh 26 Ogos 2015 telah meluluskan Cadangan Penggunaan Tanah Taman Botani Negara Shah Alam oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) seluas 100 hektar sahaja berdasarkan aktiviti guna tanah semasa dan pembangunan sedia ada yang dijalankan oleh MOA di kawasan

Lampiran

Tiada Lampiran.