Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
214) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah program JOM Shopping bagi peserta SMUE sudah tidak diadakan?
Buat masa ini, program JOM Shopping ditangguhkan pelaksanaannya untuk sementara
Ia disebabkan RMSB sudah tidak lagi menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk melaksanakannya. Namun satu cadangan baru untuk JOM Shopping Ahli SMUE ini telah dikemukakan dengan menggunakan sebahagian daripada jumlah wang manfaat skim tersebut agar Ahli SMUE dapat merasakannya semasa mereka masih hidup.
-
Apakah Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan bayaran RM500.00 kepada peserta SMUE sementara baki RM2,000.00 dibuat kepada keluarga waris selepas kematian?
Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk menggunakan sejumlah RM500 daripada jumlah keseluruhan wang manfaat RM2500 semasa Ahli SMUE masih hidup. Namun pengagihannya akan dibuat dalam bentuk program JOM Shopping yang akan diuruskan bersama oleh RMSB dan Pusat Khidmat Masyarakat di DUN yang
Status terkini cadangan program JOM Shopping Ahli-ahli Skim Mesra Usia Emas telah memasuki fasa terakhir bagi meminda trust deed tabung amanah skim ini agar ia boleh digunakan sebelum Ahli SMUE meninggal dunia.
-
Berapakah bilangan peserta SMUE sehingga bulan Disember 2015 ?
Sehingga bulan Disember 2015, jumlah Warga Emas dan OKU yang telah berdaftar sebagai Ahli Skim Mesra Usia Emas adalah seramai 228,148 orang keseluruhannya.