Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

204) YAYASAN DAR AL QARD AL HASAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek-projek di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan pada tahun 2015 dan status pelaksanaannya

    Untuk makluman pihak YB Datuk, Yayasan Dar Al Qard Al Hasan telah bertukar nama kepada Yayasan Hijrah Selangor dan telah mendapat kelulusan daripada pihak SSM pada 23hb Disember 2015.

     

    HIJRAH SELANGOR adalah program Mikrokredit dibawah gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Haji Mohamed Azmin Ali. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Tujuan utamanya adalah untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di Negeri

     

    Pihak Yayasan Hijrah Selangor(YHS) ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

     

    Falsafah Program HIJRAH SELANGOR berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. Lebihan pulangan ini, akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH SELANGOR, untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu mahupun kelompok.

     

    Dalam merangka kaedah pengurusan dan pelaksanaan skim HIJRAH SELANGOR, projek-projek berikut dikenalpasti sebagai matlamat/objektif program:

     

    i)  Projek 1 : Menawarkan modal tambahan yang mudah, cepat dan tidak membebankan.

     

    • Program HIJRAH SELANGOR menawarkan skim pinjaman seperti jadual di bawah:

     

     

    JENIS SKIM PINJAMAN BULAN MINGGU
     

    SKIM 1

     

    3,000 – 5,000

    12 50
    24 100
    36 150
     

    SKIM 2

     

    6,000 – 10,000

    12 50
    24 100
    36 150
     

    SKIM 3

     

    15,000 – 20,000

    12 50
    24 100
    36 150
     

    SKIM 4

     

    30,000 – 50,000

    12 50
    24 100
    36 150

     

    Sebagai fasa pertama pelaksanaan, Program HIJRAH SELANGOR menawarkan skim kepada usahawan HIJRAH SELANGOR

     

    1. Skim 1: RM3,000 hingga RM5,000
    2. Skim 2: RM6,000 hingga RM10,000

     

    Usahawan-usahawan yang menunjukkan ’Disiplin Kredit’ yang memuaskan dengan rekod bayaran balik pinjaman semasa yang baik akan ditawarkan Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang seperti berikut:

     

    • a) Skim 3 (RM15,000 dan RM20,000)
    • Skim 4 (RM30,000 hingga RM50,000)

     

    • Membina usahawan yang berwawasan dan berdaya saing serta berkemahiran dan juga proaktif melalui perlantikan Anchor Company yang akan menawarkan latihan-latihan dan pemantauan

     

    • Mewujudkan peluang-peluang perniagaan yang baharu melalui penubuhan Kedai Usahawan Hijrah Selangor dan Baazar Hijrah Selangor.

     

    ii)  Projek 2 : Program Mesra Rakyat bersama pemimpin

     

    • Program Majlis Penyerahan Cek Hijrah Selangor

     

     

    TARIKH TEMPAT BIL PESERTA
    CAWANGAN AMPANG    
    15/9/2015 PEJABAT DUN LEMBAH JAYA 6
    12/5/2015 TMN TASIK CEMPAKA BDR BARU BANGI 78
    2/5/2016 DEWAN NUSA BAKTI BDR BR AMPANG 199
    3/7/2016 DEWAN NUSA BAKTI BDR BR AMPANG 442
    CAWANGAN HULU SELANGOR    
    24/03/205 S.U.K 36
    5/10/2015 MINI STADIUM KUALA SELANGOR 163
    14/6/2015 UNISEL 366
    28/8/2015 SERI GOMBAK 153
    17/10/2015 PEJABAT DAERAH HULU SELANGOR 88
    30/10/2015 DEWAN DATO’ ABD HAMID BTG KALI 57
    12/5/2015 TMN TASIK CEMPAKA BANGI 137
    29/1/2016 PEJABAT DAERAH HULU SELANGOR 74
    27/2/2016 AUDITORIUM DATO’ ABD HAMID BTG KALI 86
    CAWANGAN KUALA SELANGOR    
    26/1/2016 PEJABAT HIJRAH KUALA SELANGOR 47
    22/2/2016 PEJABAT HIJRAH KUALA SELANGOR 65
    3/8/2016 PKM DUN IJOK 47
    CAWANGAN GOMBAK    
    14/3/2016 DEWAN JKK KG NAHKHODA SELAYANG 50
    CAWANGAN KAPAR    
    MAC 2015 SUK 116
    MEI 2015 KUALA SELANGOR 100
    Jun-15 BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR 159
    7-Sep-15 DEWAN AHMAD RAZALI, KAPAR 209
    5 DIS 2015 TMN TASIK CHEMPAKA, BNDR BARU BANGI 72
    CAWANGAN KLANG    
    24/3/2015 DEWAN JUBLI PERAK, SUK 29
    May-15 KUALA SELANGOR 15
    14/6/2014 UNISEL, BATANG BERJUNTAI 92
    9/7/2015 DEWAN AHMAD RAZALI, KLANG 164
    22/10/2015 AUDITORIUM MPK, TENGKU KELANA, KLANG 89
    12/5/2015 TASIK CEMPAKA 98
    CAWANGAN KOTA RAJA    
    May-15 STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR 119
    14/6/2014 DEWAN CENSELOR UNISEL BATANG BERJUNTAI 138
    7/9/2015 DEWAN DATO HAMZAH KAPAR 136

     

    18/9/2015 PEJABAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN SERI ANDALAS 47
    5/11/2015 BILIK GERAKKAN PEJABAT HIJRAH KOTA RAJA 73
    4/12/2015 TAPAK KARNIVAL KAWAN 2015 104
    19/12/2015 GM KLANG (SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA KRISMAS) 15
    28/1/2016 BALAIRAYA KAMPUNG TELOK MENEGUN 73
    26/2/2016 BALAIRAYA KAMPUNG JALAN KEBUN 76
    11/3/2016 BILIK GERAKKAN PEJABAT HIJRAH KOTA RAJA 30
    18/3/2016 BILIK GERAKKAN PEJABAT HIJRAH KOTA RAJA 19
    CAWANGAN PETALING JAYA

    SELATAN

       
    24.3.2015 SUK SHAH ALAM 32
    10.5.2015 STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR 33
    14.6.2015 UNISEL BESTARI JAYA 34
    6.11.2015 PEJABAT CAWANGAN DAN PEJABAT DUN BUKIT GASING 42
    17.12.2015 TASIK CEMPAKA BANGI DAN PEJABAT CAWANGAN 87
    29.1.2016 PEJABAT CAWANGAN DAN PEJABAT DUN TAMAN MEDAN 65
    29.2.2016 PEJABAT CAWANGAN DAN PASAR MALAM SRI MANJA 23
    CAWANGAN PUCHONG    
    24/3/2015 BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 30
    5/10/2015 DEWAN, KUALA SELANGOR 43
    6/6/2015 UNISEL, BISTARI JAYA, SELANGOR. 55
    9/11/2015 DEWAN ORANG RAMAI, DENGKIL, SELANGOR. 105
    18/12/2015 PEJABAT HIJRAH CAWANGAN PUCHONG. 6
    CAWANGAN SELAYANG    
    24 MAC 2015 SUK 45
    10 MEI 2015 STADIUM KUALA SELANGOR 109
    14-Jun-15 UNISEL 117
    28 OGOS 2015 DEWAN SRI GOMBAK 204
    12 OKT 2015 DEWAN JKKK KG MELAYU BATU 16 41
    27 OKT 2015 DEWAN SELAYANG UTAMA 26
    6-Nov-15 DEWAN JKKK KG KENANGA 40
    5 DIS 2015 TAMAN TASIK CEMPAKA BANGI 70
    CAWANGAN SEPANG    
      DEWAN JUBLI PERAK 45
      KUALA SELANGOR 164
      UNISEL 254
    9/11/2015 DEWAN DENGKIL,SEPANG SELANGOR 313
    11/12/2015 PEJABAT PKM DENGKIL 174
    12/5/2015 TASIKCEMPAKA,BANGI 98
    2/5/2016 PKM TANJUNG SEPAT 117

     

    iii)  Projek 3 : Karnival Usahawan Hijrah Selangor

     

    KARNIVAL & HARI KELUARGA USAHAWAN HIJRAH SELANGOR 2015 atau

    singkatan KAWAN’15 adalah cadangan pertama program luar yang dijalankan khusus oleh HIJRAH SELANGOR sendiri setelah hampir setahun ditubuhkan. Ianya bertujuan memberi peluang perniagaan serta kepada usahawan- usahawan Hijrah Selangor serta mendekatkan lagi usahawan-usahawan Hijrah Selangor dengan mengumpulkan mereka dalam hari keluarga yang diadakan. Selain itu ianya juga dapat menghebahkan lagi peranan HIJRAH SELANGOR dan MBI kepada masyarakat umum. Karnival ini berkonsepkan jualan gerai &

     

    aktiviti pentas agar menjadikan program ini lebih terlaksana dengan jayanya mengikut program yang telah diatur.

     

    1.           OBJEKTIF

    Objektif     KARNIVAL     USAHAWAN     HIJRAH     SELANGOR     2015

    (KAWAN’15) adalah seperti berikut :-

     

    • Menonjolkan peranan MBI dan anak syarikat kepada masyarakat umum.

     

    • Memperkenalkan lagi peranan HIJRAH SELANGOR kepada masyarakat

     

    • Memberi peluang kepada usahawan menjual serta mempromosikan produk yang telah dihasilkan .

     

    • Mengadakan beberapa aktiviti pentas berkaitan dengan usahawan dan aktiviti yang memberi impak serta motivasi kepada rakyat Negeri Selangor terutama usahawan

     

    • Dapat menjalinkan perhubungan yang baik bersama agensi dengan rakyat Negeri

     

    • Memantapkan rangkaian usahawan di kalangan usahawan Hijrah Selangor.
  2. Senaraikan sumbangan yayasan pada tahun 2015

    Yayasan Hijrah Selangor telah mengeluarkan pinjaman kepada 18,394 peserta dengan jumlah pinjaman sebanyak RM 91,972,000.00 sehingga 14 Mac 2016. Selain itu, Yayasan Hijrah Selangor juga turut memberikan latihan kepada usahawan dan anak-anak

  3. Apakah halatuju dan strategi yayasan pada tahun 2016?

    Hijrah Selangor akan melebarluaskan program mikrokredit kepada golongan khusus seperti ibu tunggal, penerima blue print, asnaf, belia, orang kelainan upaya dan khariah masjid. Bagi melaksanakan pengembangan ini, pihak Hijrah Selangor akan menggunakan pendekatan pemberian latihan sebelum pemberian modal kepada kumpulan sasar. Latihan-latihan ini akan diberikan oleh Anchor Company yang akan dilantik. Setiap Anchor Company diwajibkan memberi latihan dan pemantauan kepada peserta sehinggalah mereka boleh berdikari dan seteruskan berjaya dengan projek yang dilaksanakan tersebut. Selain itu, Hijrah Selangor juga akan mempergiatkan lagi program bagi latihan pembangunan usahawan dan anak-anak

Lampiran

Tiada Lampiran.