Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
203) MEMBANTERAS GOLONGAN LGBT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kes LGBT yang telah direkodkan oleh JAIS
Jumlah kes LGBT yang telah direkodkan oleh JAIS berdasarkan aduan yang diterima adalah seperti berikut :
Bil.
Seksyen Dan Kesalahan
Tahun 2014 2015 1
Seksyen 27, Hubungan Jenis Antara Orang Yang Sama Jantina
5 kes
6 kes
2
Seksyen 28, Persetubuhan Bertentangan Dengan Hukum Tabii
4 kes
–
3.
Seksyen 30, Lelaki Berlagak Seperti Perempuan
4 kes
4 kes
-
Senaraikan operasi penguatkuasaan untuk membanteras kegiatan LGBT
Tiada operasi spesifik dibuat. Pelakuan-pelakuan terhadap kesalahan yang boleh diklasifikasi berkaitan dengan LGBT adalah termasuk dari jenis kesalahan yang tersembunyi. Tidak dibenarkan oleh Syarak mencari kesalahan yang tersembunyi.