Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
202) PENYELENGGARAAN SEKOLAH DI BAWAH JAIS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan nama sekolah dan jenis baikpulih berserta kos mulai 2008 di seluruh daerah Klang.
Rekod baikpulih bagi tahun 2008 sehingga 2010 telah lupus berdasarkan tempoh simpanan dokumen selama 5 tahun. Bagi rekod baikpulih tahun 2011 sehingga 2015 adalah seperti yang dilampirkan :-
- Lampiran A – 2011
- Lampiran B – 2012
- Lampiran C – 2013
- Lampiran D – 2014
- Lampiran E – 2015
-
Sila nyatakan kriteria layak lulus untuk dibaikpulih.
Pihak Jabatan ini memberi keutamaan bagi baikpulih yang melibatkan aspek keselamatan dan kefungsian bangunan terbabit. Antara skop kritikal yang diberi keutamaan adalah bumbung, tandas, sistem elektrikal, sistem mekanikal dan struktur bangunan yang boleh menyumbang kepada gangguan operasi bangunan berkaitan. Kerja-kerja baikpulih tersebut akan dijalankan mengikut peruntukan tahun semasa yang
-
Berapakah peruntukan RMK11 untuk tujuan baikpulih di seluruh Klang?
Peruntukan baikpulih sekolah bagi RMK-11 adalah sebanyak RM19.0 Juta. Peruntukan yang diluluskan bagi tujuan baikpulih sekolah seluruh Negeri Selangor pada tahun 2016 adalah RM1.5