Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
190) PERUMAHAN PEKERJA DI TAPAK PEMBINAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat untuk membenarkan sesuatu tapak pembinaan untuk membenarkan pekerja pembinaan untuk tinggal di tapak pembinaan?
Syarat-syarat untuk membenarkan pekerja pembinaan tinggal di tapak pembinaan adalah:
- Pemohon/Pemaju perlu mendapatkan kelulusan Permit Bangunan Sementara dengan mengemukakan permohonan melalui perunding kepada Jabatan Perancangan Dan Pembangunan PBT. Permohonan ini bertujuan untuk pihak PBT memberikan kelulusan kebenaran merancang dan kelulusan pelan
- Bangunan kediaman pekerja dan binaan bangunan adalah kawasan berasingan.
- Pemohon/Pemaju perlu menyediakan keperluan pekerja, keselamatan dan kesihatan dipatuhi merujuk kepada peraturan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) seperti longkang, tandas, bilik mandi berbumbung, ruang memasak, alat pemadam api dan menyediakan tong
- Pemohon/Pemaju perlu menyediakan kawalan vektor mengikut jadual seperti yang
- Pemohon/Pemaju perlu memastikan aktiviti yang dijalankan di tapak tersebut tidak mendatangkan kacau ganggu kepada penduduk
-
Adakah tanah kosong untuk pembangunan akan datang boleh digunakan untuk menempatkan pekerja syarikat lain untuk pembinaan di tapak lain?
Kebenaran bagi menggunakan tapak lain selain dari tapak pembangunan untuk mendirikan rumah pekerja adalah bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna semasa. Projek pembangunan contohnya seperti projek membina landasan keretapi, jajaran LRT, pembesaran lebuh raya PLUS, pelebaran
sungai dan sebagainya tidak mempunyai tapak sendiri untuk mendirikan rumah pekerja yang terlibat dalam projek tersebut. Pemaju/Kontraktor akan mendapatkan kebenaran dari pemilik tanah yang berdekatan dengan tapak projek untuk disewa dan dijadikan tapak sementara bagi menempatkan pekerja mereka.
Selain kebenaran pemilik tanah, pemaju/kontraktor juga perlu mendapatkan kelulusan dari PBT bagi kebenaran merancang untuk tempoh terhad dan Permit Bangunan Sementara bagi tempoh yang perlu diperbaharui dari tahun ke setahun. Manakala kebenaran bagi menempatkan pekerja dari tapak projek pembangunan lain atau pekerja dari syarikat kontraktor lain adalah bergantung kepada budi bicara pemilik tanah berkenaan.