Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

180) RAMPASAN TANAH OLEH KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah keluasan rampasan tanah oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah dari tahun 2013-2015.

    Jumlah keluasan rampasan tanah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah adalah seluas 4,176.6312 ekar dan butirannya seperti di Lampiran

    LAMPIRAN A

     

     

    JUMLAH KELUASAN RAMPASAN TANAH OLEH KERAJAAN NEGERI MENGIKUT DAERAH DARI TAHUN 2013-2015

     

     

    BIL

     

    DAERAH

    KELUASAN (EKAR)
    1. Sepang 40.8698
    2. Sabak Bernam 19.7013
    3. Klang 2,908.4290
    4. Kuala Selangor 570.6960
    5. Kuala Langat 103.7751
    6. Hulu Selangor 503.6116
    7. Gombak 23.7312
    8. Hulu Langat 5.8172
    JUMLAH 4,176.6312

    Sumber: Bahagian Penguatkuasaan, Pengambilan Tanah dan Teknikal, PTGS

  2. Apakah status tanah rampasan dan perancangan pada masa akan datang?

    Tanah rampasan di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 akan dilucuthak dan menjadi tanah Kerajaan Negeri. Kajian akan dilaksanakan dari segi fizikal dan kesediaan tanah untuk menentukan potensinya bagi tujuan pembangunan yang bersesuaian agar dapat menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Selangor ke arah ‘Membangun Smart Selangor Yang Peduli’.

     

    Tanah yang telah dikenalpasti berpotensi untuk tujuan pembangunan akan dilupuskan melalui beberapa kaedah, antaranya melalui jualan tender terbuka mengikut nilaian pasaran yang akan ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan dan Pengurusan Harta (JPPH), dibangunkan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, diwartakan untuk kegunaan awam dan lain-lain.

  3. Nyatakan Standard Of Procedure (SOP) rampasan tanah?

    Standard Operating Procedure (SOP) rampasan tanah dikemukakan seperti di

    Lampiran B.

    LAMPIRAN B

     

Lampiran

Tiada Lampiran.