Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
177) SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK MELIBATKAN PASUKAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menayangkan siaran langsung perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Selangor di TV Selangorku?
Media Selangorku (TV Selangor) adalah merupakan media rasmi pasukan Red Giant yang membuat liputan di semua perlawanan termasuk home dan away buat masa kini. Pihak Kerajaan Negeri melalui TV Selangor buat masa ini belum berhasrat untuk menayangkan siaran langsung perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Selangor di TV Selangorku kerana pihak TV Selangor tiada hak penyiaran secara langsung. Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan hak penyiaran kepada pihak Media Prima (TV3).
Walau bagaimanapun, pihak TV Selangor telah mengambil inisiatif-inisiatif lain antaranya seperti membuat liputan keseluruhan perlawanan sama ada home atau away, memuatnaik setiap rangkuman atau aksi di TV Selangor sejurus selepas tamat perlawanan dan juga setiap jaringan atau gol akan dimuatnaik di Facebook di Media Selangor.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menarik sokongan rakyat kepada pasukan bola sepak Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) untuk menarik sokongan rakyat kepada pasukan kebanggaan rakyat Selangor ini. Pelbagai inisiatif rancak dijalankan seperti memperhebatkan lagi promosi pasukan Red Giant di acara-acara tertentu, melalui laman sosial juga banyak berita-berita yang terkini tentang perkembangan pasukan bola sepak Selangor dan juga aktiviti terkini mahupun yang akan datang melalui media massa, media cetak elektrik dan