Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

171) PROJEK MENAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN 5 ( FR5)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam akan dimulakan?

    Ini adalah Jalan Persekutuan FR5. Projek Menaiktaraf dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam akan bermula pada 21 Mac

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan bagi kerja-kerja tersebut?

    Jumlah peruntukan yang telah diluluskan adalah berjumlah RM735,717,776.94.

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kesan kacau ganggu kepada penduduk semasa projek dijalankan?

    Antara tindakan yang telah diambil oleh pihak Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia ialah :-

     

    • Telah mengadakan perjumpaan (public engagement) sebanyak 10 kali sejak tahun 2013 iaitu perjumpaan bersama pemimpin tempatan, penduduk setempat, Pejabat Daerah dan Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dalam tindakan untuk mengadakan perjumpaan bersama pemimpin tempatan sekali

     

    • Memastikan aliran trafik sedia ada tidak terganggu semasa kerja pembinaan dijalankan dengan melaksanakan pelan pengurusan

     

    • Satu (1) laman web khas juga dalam tindakan untuk dibangunkan oleh Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan saluran aduan berkaitan projek untuk disalurkan terus kepada pihak JKR dan

     

    MAKLUMAT PROJEK:

     

     

    Tajuk Projek              : Kerja-kerja Menaiktaraf Jalan Persekutuan Dari Tanjong

    Karang ke Sabak Bernam, Selangor Kontraktor      : Mangkubumi Sdn. Bhd.

    Tarikh Milik Tapak : 21 Mac 2016 Tarikh Jangka Siap : 20 Mac 2020 Tempoh Kontrak : 48 bulan

    Kos kontrak              : RM708,928,000.00 Panjang Jalan : 45km

Lampiran

Tiada Lampiran.