Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

169) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Institut Darul Ehsan (IDE) telah ditubuhkan? Sila bekalkan carta organisasi, senarai lembaga pengarah, elaun dan gaji serta butiran-butiran lain

    Institut Darul Ehsan (“IDE”) telah ditubuhkan dan beroperasi. Pengarah- pengarah IDE adalah seperti berikut:

     

    • Bhg Dato’ Dr Siddiq bin Fadhil
    • Bhg Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan bin Othman
    • B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
    • Bhg Prof Emeritus Shaharir bin Mohamad Zain
    • Bhg Prof Dr Shaharuddin bin Badaruddin
    • B. Dato’ Kamaruddin bin Jaffar
  2. Bagaimanakah IDE akan membelanja RM 5 juta yang diperuntukkan?

    Untuk tahun 2016 Perbelanjaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

     

    • Pengurusan dan Operasi 8 juta
    • Kluster Penyelidikan 0 juta
    • Kluster Polisi dan Ketamadunan RM200,000.00
    • Kluster Pendemokrasian dan Ekonomi RM200,000.00
    • Kluster Pendidikan Politik dan Demokrasi RM300,000.00
    • Kluster Pendidikan dan Kebudayaan RM200,000.00
    • Kolaborasi dan jaringan RM100,000.00
    • Penerbitan RM200,000.00

     

  3. Apakah yang telah dibuat dan dicapai oleh IDE? Sila huraikan

    Hasil kajian utama IDE ialah Kajian Persepsi Rakyat Selangor yang telah dilaksanakan pada Julai 2015 dan November 2015 melibatkan 56 kawasan Dewan Undangan

     

    Selain    melakukan   projek    penyelidikan,    IDE    juga    mengadakan    siri-siri pencerahan secara berkala yang meliputi seminar, latihan, wacana dan diskusi

     

    yang mencakupi isu-isu kenegaraan, demokrasi dan politik, sosio budaya, pendidikan, belia dan antarabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.