Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
163) PWB
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambahkan peruntukan tambahan kepada PWB di setiap DUN?
Kerajaan Negeri amat komited dengan pembangunan wanita Selangor. Oleh yang demikian, mulai tahun 2015 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM30,000.00 setahun bagi pembangunan wanita di setiap DUN melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB). Jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM1,680,000 setahun untuk 56 DUN.
Justeru itu, bagi tahun 2015, sebanyak 740 program telah dijalankan oleh PWB di seluruh Selangor dengan perbelanjaan berjumlah RM1,280,114.50 atau 76% oleh para penyelia PWB Selangor. Namun demikian, sekiranya peruntukan tersebut dimaksimakan penggunaannya bagi manfaat komuniti wanita di Selangor dan sekiranya ada keperluan terhadap tambahan peruntukan, maka Kerajaan Negeri menyambut baik dan akan mempertimbangkan cadangan penambahan peruntukan tersebut pada masa akan datang.