Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

149) PEMBALAKAN DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi pembalakan yang masih aktif di Selangor

    Pada masa kini tiada lokasi pembalakan yang aktif di Negeri Selangor kerana Kerajaan Negeri Selangor masih mengamalkan Dasar Moratorium iaitu tiada aktiviti pembalakan dilaksanakan di kawasan Hutan Simpanan Kekal. Namun begitu, sebagaimana sedia maklum bahawa terdapat dua (2) lokasi pengeluaran hasil hutan yang diberi kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan pembangunan iaitu Projek Talian Penghantaran Elektrik 275/132kV dari Mahkota Cheras Hartamas ke PMU Mahkota Cheras di Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat dan Projek Talian Penghantaran Elektrik 275kV dari PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak di dalam Mukim Rawang, Daerah

     

    Jumlah keluasan bagi kedua-dua kawasan HSK yang terlibat adalah lebih kurang 80.0 ha. Sehingga akhir tahun Disember 2015, ke semua kerja-kerja pengeluaran kayu balak dan kayu jaras bagi kedua-dua kawasan tersebut telah siap dilaksanakan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPNS.

     

  2. Berapakah jumlah pendapatan Kerajaan Negeri hasil pembalakan dari 2014- 2015?

    Jumlah keseluruhan pendapatan pengusahasilan hasil hutan dari tahun 2014- 2015 adalah RM20,829,167.30 yang mana jumlah gantirugi / pampasan adalah RM20,526,050.30 manakala bayaran premium, royalti dan ses serta fi-fi yang berkaitan adalah berjumlah RM303,117.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.