Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

147) PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kepada DUN Permatang pada tahun 2015?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sejumlah RM700,000.00 kepada kawasan Dewan Negeri Permatang pada tahun 2015. Pecahan peruntukan tersebut adalah meliputi RM500,000.00 disediakan kepada pihak Penyelaras Kawasan Dewan Negeri yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan RM200,000.00 disediakan untuk kegunaan Ahli Dewan Negeri Bukan

     

    Peruntukan ini disediakan bagi tujuan pelaksanaan projek kecil, program mesra rakyat, sumbangan kemasyarakatan dan pengurusan pejabat yang telah disalurkan kepada semua pejabat daerah pada bulan Januari 2015 dan ia tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015 : Garis panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor.

  2. Senaraikan jumlah perbelanjaan daripada peruntukan berkenaan

    Sehingga 31 Disember 2015, daripada peruntukan kemaskini kawasan DUN Permatang berjumlah RM812,057.57 termasuk baki peruntukan bagi tahun 2014 yang berjumlah RM112,057.57 sebanyak RM643,698.93 telah dibelanjakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.