Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
136) PENDAFTARAN DALAM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peserta telah mendaftar dalam TAWAS setiap tahun dari 2008 hingga 2015?
Jumlah peserta yang telah mendaftar dalam TAWAS dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seperti jadual di bawah:
TAHUN JUMLAH PENDAFTARAN 2008 895 2009 14,928 2010 17,590 2011 22,881 2012 42,676 2013 28,945 2014 39,719 2015 45,154 JUMLAH KESELURUHAN 212,788 -
Berapakah jumlah peserta anak-anak TAWAS mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India dari tahun 2008 hingga 2015?
Berikut adalah jumlah peserta anak-anak TAWAS mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India dari tahun 2008 hingga 2015:
TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN- LAIN JUMLAH 2008 499 240 151 5 895 2009 7,598 4,811 2,270 249 14,928 2010 11,234 3,493 2,435 428 17,590 2011 15,040 4,311 3,021 509 22,881 2012 26,176 8,974 6,264 1,262 42,676 2013 18,923 5,313 3,740 969 28,945 2014 27,920 6,713 3,785 1,301 39,719 2015 32,613 7,399 3,912 1,230 45,154 JUMLAH KESELURUHAN 140,003 41,254 25,578 5,953 212,788 -
Berapakah peserta anak-anak TAWAS yang telah mendaftar di bawah DUN Kota Anggerik dari tahun 2008 hingga 2015?
Berikut adalah jumlah peserta TAWAS yang telah mendaftar di bawah DUN Kota Anggerik dari tahun 2008 hingga 2015:
TAHUN JUMLAH PENDAFTARAN 2008 29 2009 381 2010 1,092 2011 1,077 2012 1,589 2013 1,303 2014 1,587 2015 1,829 JUMLAH KESELURUHAN 8,887 Berdasarkan Jawapan a) – c), jumlah pendaftaran pada tahun 2012 adalah paling banyak meningkat kemudian jumlah pendaftaran menurun sedikit pada tahun 2013 dan meningkat semula pada tahun 2014 dan tahun seterusnya.
Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut;
- Faktor promosi yang dijalankan oleh YAWAS. Dari tahun ke tahun bermula 2008, YAWAS giat memperluaskan promosi mengenai TAWAS ke seluruh Selangor agar anak-anak Selangor yang layak didaftarkan dalam program ini.
- Syarat-syarat pendaftaran yang diberi kelonggaran daripada usia 1 tahun kepada 3
- Pada permulaannya, tempoh pendaftaran perlu dilakukan sebelum usia anak 1 tahun. Namun pada tahun 2011 melalui minit mesyuarat ALPA YAWAS 03/2011 keputusan telah dibuat iaitu pendaftaran dibuka kepada semua anak-anak Selangor yang melebihi usia 1 tahun untuk mendaftar TAWAS. Kelonggaran syarat tersebut ditamatkan pada 31hb Disember 2012.
- Seterusnya syarat tempoh pendaftaran dilonggarkan semula pada tahun 2014 iaitu pendaftaran terbuka bagi anak-anak Selangor yang berusia 3 tahun ke bawah. Keputusan ini dipersetujui dalam mesyuarat ALPA YAWAS BIL 02/2014 dan kelulusan telah dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 9hb Julai