Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

132) TAPAK PERKUBURAN (BERSEPADU)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status cadangan Tapak Perkuburan (BERSEPADU) di persimpangan Labu-Sendayan melibatkan seluas 400 ekar?

    Kajian Inventori Tanah Perkuburan dan Keperluan Perkuburan Sehingga Tahun 2060 di Negeri Selangor telah mengenalpasti 2 tapak perkuburan wilayah bersepadu di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang iaitu di Lot 3366, Mukim Labu berkeluasan 100 ekar dan di Lot 5758, Mukim Sepang.

     

    Walau bagaimanapun, setelah kajian lanjutan diadakan pada 2014 telah mendapati bahawa tapak di Lot 3366, Mukim Labu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tapak perkuburan atas faktor-faktor teknikal. Tapak ganti ini akan dikenalpasti di Daerah Kuala Selangor, Daerah Hulu Selangor dan Daerah Sabak Bernam.

     

    Bagi tapak PWB di Lot 5758, Mukim Sepang yang berkeluasan 400 ekar pula, cadangan pembangunan dan pengurusan tapak perkuburan tersebut telah diangkat dan diterima di peringkat Jawatankuasa Teknikal Perkuburan Wilayah Bersepadu Negeri Selangor. Terkini tapak PWB ini akan diangkat dalam Mesyuarat Tabung Amanah Perkuburan dalam masa terdekat oleh Majlis Perbandaran Sepang.

     

    Maklumat Tambahan

    Pecahan pembahagian tapak PWB dilakukan berasaskan komposisi penganut di kawasan setempat, kadar kematian dan pandangan penduduk setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.