Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

123) PELAJAR NAZA DI GURUN,KEDAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Yayasan Selangor memberi sumbangan tajaan kepada pelajar NAZA di Gurun, Kedah?

    Yayasan Selangor memperuntukkan tajaan bagi mengikuti Program Gen-Y Huffaz Berkemahiran di NAZA Academy bagi pelajar-pelajar tajaan Yayasan Selangor (lepasan SPM 2015). Program ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan & Pembangunan Insan Yayasan Selangor Kali Ke 34 Bil 2/2015 pada 8 September 2015 dan pengesahan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor Kali Ke 107 Bil 1/2016 pada 1 Mac

  2. Nyatakan jumlah pelajar dan kos tajaan?

    Seramai 15 orang pelajar akan dipilih mengikuti program ini. Kos bagi seorang pelajar ialah RM17,740.00 bagi tempoh setahun. Pihak NAZA turut memberi subsidi sebanyak RM1350 seorang (CSR). Jumlah keseluruhan kos ialah RM266,100.00 setahun. Bayaran akan dibayar secara tiga kali ansuran mengikut ketetapan MoU yang telah

Lampiran

Tiada Lampiran.