Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

122) KERJA-KERJA NAIK TARAF KOTA DARUL EHSAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci kaedah pemberian tender dan proses perolehan kontrak untuk kerja-kerja naik taraf Kota Darul Ehsan

    Projek telah di tender secara tender terbuka dan diiklankan di akhbar-akhbar tempatan.

     

    Tarikh Iklan              :    19hb. Januari 2015 Tarikh tutup iklan                                   :    11hb. Februari 2015

     

    Proses pemberian tender kepada petender yang berjaya adalah melalui kaedah sedia ada oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Petender yang Berjaya adalah dipilih oleh Lembaga Tender Kerajaan Negeri (SUK).

     

    Perolehan kontrak daripada peruntukan Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Nyatakan secara terperinci nama, alamat dan pemilik syarikat kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja naik taraf tersebut?

    Nama Kontraktor yang dipilih : Zulkifli Bin Haji Alang (Pengarah Urusan) Nama & Alamat Syarikat   : Islah Niaga Sdn. Bhd

    No.311, Block 2, Laman Seri Business Park,

    Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.

    No.Tel : 03-55112844 / 03-55239788

     

  3. Berapakah jumlah perbelanjaan untuk kerja naik taraf tersebut dan jelaskan secara terperinci?

    Jumlah kos kontrak adalah RM 9,790,788.25.

    Skop kerja kontrak :

    BIL PERKARA KOS (RM)
    1. Kerja-kerja naiktaraf Kota Darul Ehsan RM3,295,330.00
    2. Kerja-kerja Internal Servies RM2,110,000.00
    3. Lain-lain kerja RM3,544,658.25
    4. Preliminares RM840,800.00
      JUMLAH RM9,790,788.25

Lampiran

Tiada Lampiran.