Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

117) PERTANIAN MODEN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pertanian moden di Selangor?

    Kekangan utama yang dihadapi bagi melaksanakan pertanian moden adalah sumber tanah di Selangor. Untuk itu, Jabatan Pertanian giat mempromosikan pertanian moden yang lebih cekap dalam menggunakan sumber yang terhad tetapi dapat menghasilkan pengeluaran yang setimpal seperti teknologi fertigasi.

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri pada tahun 2015 untuk pertanian moden?

    Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM9 juta bagi pembangunan pertanian

Lampiran

Tiada Lampiran.