Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
92) BANJIR DI DUN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah faktor berlakunya banjir yang kerap berlaku di DUN Kota Damansara?
Untuk makluman Yang Berhormat, lokasi yang kerap dilanda banjir di kawasan DUN Kota Damansara adalah di persekitaran Kampung Melayu Subang iaitu di Jalan Jati, Jalan Merbau, Jalan Gajah 16 dan Jalan Gajah 23 berdasarkan laporan penuh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor pada tahun 2015. Antara faktor berlakunya banjir di kawasan tersebut adalah disebabkan oleh Sistem Perparitan Dalaman yang sedia ada gagal berfungsi untuk menampung larian air di atas permukaan. Selain itu, paras air Sungai Damansara yang boleh mencapai had ketinggian sehingga mencecah 18.52 meter berikutan hujan lebat juga adalah merupakan salah satu faktor menyumbang berlakunya
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?
Kerajaan Negeri di bawah penyeliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah membuat beberapa langkah pencegahan bagi mengurangkan berlakunya kejadian banjir tersebut. Di antara langkah pencegahan yang te lah dilaksanakan adalah seperti berikut:-
Bagi langkah jangka masa pendek, JPS Negeri Selangor telah melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan kelodak dan membersihkan ‘row’ kawasan perparitan. Selain itu, kerja menaik taraf tebing dan struktur ‘outlet’ anak Sungai Damansara juga dilaksanakan supaya air sungai tidak akan melimpah sekiranya air sungai berada di paras had ketinggian maksimum ketika waktu hujan
Bagi pelan jangka panjang, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Selangor telah mengeluarkan tender bagi membina tebatan banjir di Sungai Pelempas, Kampung Melayu Subang pada bulan Februari 2016 dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada bulan Jun 2016
-
Nyatakan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir pada tahun 2015?
Kadar bantuan kewangan bagi mangsa bencana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
Bil. Perkara Kadar Maksimum (RM) 1. Mangsa banjir a. Banjir
b. Banjir kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)
500.00
200.00
(kadar maksimum setahun)
2. Mangsa kebakaran a. Musnah keseluruhan
b. Musnah sebahagian
500.00
250.00
3. Mangsa tanah runtuh dan ribut 500.00 4. Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia 1,000.00 Pada tahun 2015, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor melalui sembilan
(9) buah Pejabat Daerah dan Tanah telah menyalurkan sumbangan kepada 1,713 buah keluarga mangsa banjir dengan jumlah RM476,055.48.
Selain itu, agensi lain yang turut membantu memberi sumbangan adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor yang telah membelanjakan sebanyak RM207,586.70 untuk mangsa banjir sepanjang tahun 2015. Bantuan yang telah diberikan kepada mangsa banjir termasuk bantuan makan minum dan barangan keperluan asas sepanjang mangsa berada di Pusat Pemindahan Banjir.