Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
74) PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa ramai peserta yang telah mengikuti program Pembangunan Usahawan di bawah PKNS dari tahun 2008 hingga 2015?
PKNS mula melaksanakan program-program pembangunan keusahawanan bumiputera secara serius sejak tahun 1995 melalui penubuhan Sekretariat MPPB (Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera). Bahagian ini berperanan dengan menjalankan segala dasar, strategi serta program MPPB di PKNS yang mana meliputi aspek penyelidikan dan pembangunan, khidmat nasihat, latihan serta pemantauan setiap program MPPB yang
Dasar : Membina masyarakat usahawan Bumiputera melalui pembudayaan, pembangunan, pemantapan dan jaringan usahawan.
Objektif : Mempertingkatkan keberkesanan perlaksanaan program keusahawanan bertujuan mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
Berikut merupakan senarai peserta program Pembangunan Usahawan bagi tahun 2008 hingga 2015 :
BIL.
PROGRAM KUMPULAN SASAR PESERTA 1. Program Perintis Usahawan Pelajar sekolah rendah 480 2. Program Tunas Niaga Pelajar sekolah menengah 11,224 3. Kelab Permata Pelajar Universiti 15,119 4. Program GROW Mahasiswa 150 5. Sub Kontraktor Bumiputera Kontraktor kecil 82 6. Vendor Inkubator Payung Pengilang bahan binaan 30 7. Smart Retail Usahawan peruncitan 190 8. Akademi MPPB Usahawan umum 8,690 JUMLAH KESELURUHAN
35,965
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program ini dari tahun 2008 hingga 2015?
Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seperti berikut :
Bil. Tahun Perbelanjaan (RM)
1. 2008 604,236.45 2. 2009 866,276.04 3. 2010 2,219,039.01 4. 2011 2,607,941.46 5. 2012 1,514,498.64 6. 2013 2,310,210.47 7. 2014 3,047,823.05 8. 2015 2,802,905.21 JUMLAH
RM 15,972,930.33
-
Apakah usaha PKNS untuk meningkatkan program ini?
PKNS telah memperkenalkan beberapa program-program baru bagi menambahbaik program sedia ada selaras dengan objektif yang telah ditetapkan
Senarai lengkap mengenai program-program berkenaan adalah seperti di lampiran 1.
Lampiran 1
BIL. PROGRAM OBJEKTIF/ MATLAMAT 1.
Jaringan Data Usahawan BizData
PKNS BizData merupakan hub simpanan data-data usahawan di bawah program- program yang diuruskan oleh PKNS. Sistem ini adalah salah satu medan jaringan perniagaan secara maya untuk para usahawan dan bakal usahawan.
Sejak penubuhannya dari 2014, PKNS BizData mempunyai 5,580 ahli yang berdaftar.
· Peluang kepada usahawan- usahawan berkomunikasi dalam satu jaringan dan memasarkan produk,pembekal dan pemborong.
· Ahli yang sedia ada dalam sistem Bizdata boleh mengiklankan produk barangan mereka kepada ahli yang sedia ada dalam sistem PKNS Bizdata.
· Ahli-ahli akan mendapat emel dari Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS mengenai kursus, seminar, bengkel serta program berkaitan dengan perniagaan ahli.
2.
PKNS BizClub
Penubuhan BizClub bertujuan untuk mewujudkan satu tempat pertemuan atau hub yang bukan sahaja menjadi medan usahawan untuk berkumpul tetapi dalam masa yang sama ia memberi nilai tambah dan sokongan kepada program BPU PKNS.
Sejak penubuhannya dari Disember 2014, BizClub mempunyai 305 ahli yang berdaftar.
· Memberi usahawan-usahawan baru peluang:
i. Untuk mencari idea perniagaan.
ii. Mendapatkan nasihat dan inspirasi melalui sesi-sesi jaringan bersama usahawan yang lebih berpengalaman dengan kaedah yang lebih berstruktur.
iii. Memberikan usahawan- usahawan baru menguji kehendak pasaran menggunakan ‘kiosk’ dan sesi-sesi ‘market testing’.
BIL. PROGRAM OBJEKTIF/ MATLAMAT · Memberikan usahawan-usahawan yang hendak berkembang peluang untuk:
i. Mempromosikan jenama mereka melalui saluran pasaran di kalangan usahawan PKNS BizClub.
ii. Mencari bakat dan potensi di kalangan usahawan-usahawan baru yang masih mencari idea.
· Membantu usahawan-usahawan dalam:
i. Menjadi saluran untuk bergiat aktif di BizClub.
ii. Menggunakan ruang terbuka untuk menjalankan program bagi kumpulan-kumpulan kecil.
3.
Program Usahawan 5U
Program 5U bertujuan melahirkan usahawan yang mampu berdaya saing ke tahap yang lebih tinggi melalui sokongan kemahiran pengurusan perniagaan, kewangan dan peluang perniagaan.
Usahawan ini akan dibimbing dari mula penubuhan syarikat atau melalui pengambilalihan saham syarikat usahawan oleh PKNS berdasarkan kepada kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PKNS.
· Untuk melahirkan usahawan yang mempunyai kualiti yang tinggi seperti ciri-ciri berikut:
i. Mampu bersaing di pasaran luar di peringkat tempatan malahan mungkin di peringkat antarabangsa. Usahawan ini tidak hanya bergantung kepada projek-projek PKNS.
ii. Memiliki perniagaan dan syarikat yang berdaya maju yang dapat melonjakkan syarikat ke peringkat yang lebih tinggi sehingga disenaraikan di bursa saham.
BIL. PROGRAM OBJEKTIF/ MATLAMAT Setakat Mac 2016, 1 syarikat usahawan telah dilantik sebagai peserta pertama program 5U. Usaha untuk menambah lagi syarikat-syarikat usahawan di bawah program ini sedang giat dijalankan.
iii. Memiliki perniagaan yang mempunyai jenama yang dipercayai dan popular di kalangan pelanggan.
iv. Memiliki kesinambungan perniagaan yang baik dan mampu berdikari serta mantap dari aspek sumber kewangan
4.
Program SmartRetail
Program ini berbentuk latihan intensif kepada usahawan Bumiputera bertujuan untuk mengenalpasti dan melahirkan usahawan yang berkeupayaan dalam bidang peruncitan. Ia juga memberi peluang kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan di premis-premis milik PKNS.
Sejak dilaksanakan pada Oktober 2013, peserta yang mengikuti program SmartRetail adalah sebanyak 190 peserta.
· Untuk menyediakan usahawan peruncitan yang berdaya juang, berdaya tahan serta berdaya saing supaya mereka boleh bertahan lama dan terus menjadi usahawan yang berjaya dengan pelaksanaan dan bimbingan keusahawanan yang berterusan yang berteraskan metodologi dan pendekatan yang sistematik.
· Untuk membimbing dan memberi latihan kepada usahawan SmartRetail supaya bersedia untuk menjalankan perniagaan di pusat perniagaan yang berkelas tinggi
· Usahawan-usahawan SmartRetail dapat membentuk perniagaan yang sistematik hasil dari apa yang dipelajari sepanjang sesi bimbingan dengan
mendokumenkannya dalam Pembinaan Model Perniagaan dan menepati kehendak Program ini yang mana peserta mampu dan berkeupayaan menjalankan perniagaan retail di projek
berkelas tinggi