Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
58) SISTEM DAN REKOD PENANAMAN POKOK SEBAGAI LANSKAP MENGINDAHKAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri melalui PBT mempunyai sistem rekod serta jadual penanaman pokok dan penanaman semula pokok sebagai lanskap bagi keindahan alam sekitar?
Ya, Kerajaan Negeri melalui PBT mempunyai sistem rekod serta jadual penanaman pokok dan penanaman semula pokok yang dilaksanakan oleh Jabatan Landskap PBT masing-masing dan dihantar kepada pihak Kerajaan Negeri pada setiap
-
Senaraikan bilangan pokok yang ditanam menurut kaedah lanskap di seluruh Selangor menurut PBT sepanjang 2015
Jumlah keseluruhan bilangan pokok yang ditanam adalah sebanyak 943,158 pokok. Jadual di bawah adalah pecahan mengikut jenis pokok yang ditanam secara terperinci mengikut PBT bagi sepanjang 2015 :
PBT
Jenis Pokok Jumlah
Pokok Utama
Pokok Bunga Raya
Pokok Lain- Lain
MBSA 14,052 15,573 48,158 77,783 MBPJ 5,437 13,520 148,173 167,130 MPK 16,063 23,490 50,031 89,584 MPSJ 9,033 7,522 131,059 147,614 MPAJ 4,559 1,641 60,635 66,835 MPKj 11,590 17,072 24,676 53,338 MPS 7,371 22,955 68,165 98,491 MPSp 8,559 8,046 72,411 89,016 MDKS 7,148 18,150 2,582 27,880 MDKL 8,398 17,787 57,039 83,224 MDHS 5,336 8,790 17,372 31,498 MDSB 1,513 790 8,462 10,765 Jumlah 99,059 155,336 688,763 943,158 -
Berapakah belanja yang dikeluarkan oleh setiap PBT di seluruh Selangor bagi tujuan di atas?