Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

57) SUKAN PARAGLIDING DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tempat-tempat yang sesuai di Selangor bagi sukan paragliding

    Sukan paragliding adalah sukan ekstrem dan ianya tidak disenaraikan dalam pembangunan sukan prestasi tinggi di pihak Majlis Sukan Negeri Selangor. Pihak Majlis juga tidak menjalankan sebarang program pembangunan sukan paragliding ini di peringkat daerah mahupun

    Walau bagaimanapun, lokasi latihan sukan ini terdapat di Bukit Jugra, Kuala Langat di bawah seliaan Majlis Daerah Kuala Langat dan di Bukit Pahat, Kuala Kubu Bharu di bawah seliaan Majlis Daerah Hulu Selangor.

  2. Apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap sukan paragliding?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor tiada sebarang bentuk bantuan yang disalurkan kepada sukan ini kerana tiada peruntukan untuk membangunkan sukan paragliding ini di pihak Majlis. Pihak Majlis hanya membangunkan sukan-sukan yang bergabung dengan pihak Majlis termasuklah sukan-sukan yang telah digariskan oleh pihak Majlis Sukan Negara untuk dibangunkan di peringkat

     

    Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan sentiasa menganjurkan kejohanan bagi memenuhi permintaan daripada peminat sukan tersebut.

  3. Status terkini naiktaraf kemudahan sukan paragliding di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu sebagai persiapan Sukan SEA 2017 dan menarik pelancong sukan tersebut

    Sukan paragliding ini tidak disenaraikan dalam penganjuran Sukan SEA 2017 ini. Pemilihan sukan-sukan yang dipertandingkan di Sukan SEA ini adalah dibuat oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan pihak Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan penganjurannya diselaraskan oleh pihak KBS sepenuhnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.