Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
47) PERUNTUKAN PORTFOLIO WANITA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengikut belanjawan 2016, peruntukan sebanyak RM150 ribu untuk program sambutan berkaitan wanita dan keluarga. Sila nyatakan program apa yang dimaksudkan?
a) dan b)
Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta di bawah P01-06001 Program Pemberdayaan Wanita dan Keluarga bagi melaksanakan program-program khusus buat golongan wanita dan keluarga sepanjang tahun 2016. Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga merupakan jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan program wanita dan keluarga dengan berbekalkan peruntukan tersebut.
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mengagihkan peruntukan tersebut kepada enam (6) sasaran program besar diikuti dengan 20 projek yang disasarkan akan dilaksanakan pada tahun 2016.
Salah sat program yang disasarkan adalah program-program sambutan dengan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Antara projek yang disenaraikan untuk dilaksanakan adalah seperti berikut :-
Bil
Program / Projek
Anggaran Perbelanjaan (RM) 1. Sambutan Hari Wanita Sedunia 90,000.00 2.
Malaysia Women Marathon sempena Sambutan Hari Wanita 20,000.00
3. Program Walk For Humanity dan Karnival Keluarga 40,000.00 Jumlah Anggaran Perbelanjaan (RM) 150,000.00 -
Berapakah kos yang dibelanjakan untuk setiap program tersebut?
Sebagai makluman, peruntukan yang sama berjumlah RM150,000.00 juga disediakan untuk pelaksanaan program sambutan berkaitan wanita dan keluarga pada tahun 2015. Berikut adalah senarai program sambutan yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 berserta jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan:-
Bil
Program / Projek
Jumlah Perbelanjaan (RM) 1.
Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor & Pra Pelancaran Selangor Orked Fashion Festival 2015 75,725.00
2. Program karnival Aspek Wanita Pandan Dengan Kerjasama Parlimen Pandan 10,000.00 3.
Karnival Hari Wanita Dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Selayang 15,000.00
4. Program Malaysia Women Marathon 20,000.00 Jumlah Perbelanjaan (RM) 120,725.00 -
Nyatakan di bawah peruntukan yang sama untuk program 2015