Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
39) PENDAPATAN NEGERI MELALUI PELABURAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah pendapatan Negeri melalui pelaburan? Senaraikan pendapatan ini dari tahun 2007 hingga 2015
Pendapatan Negeri melalui pelaburan deposit jangka pendek dan simpanan tetap adalah seperti berikut:
Tahun Hasil atas Pelaburan (RM)
2007 14,495,507 2008 20,777,875 2009 20,513,794 2010 20,889,596 2011 44,208,310.96 2012 52,116,901.24 2013 73,494,840.18 2014 84,085,113.17 2015 109,233,898.37 -
Apakah faktor yang boleh meningkatkan pendapatan Negeri melalui pelaburan?
Peningkatan rizab Kerajaan Negeri adalah menyumbang kepada peningkatan pendapatan Negeri melalui pelaburan. Selain itu, pengurusan kewangan Kerajaan Negeri yang cekap dan teratur serta mematuhi peraturan kewangan sedia ada merupakan faktor peningkatan pendapatan melalui pelaburan
-
Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan Negeri melalui pelaburan?
Antara usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan Negeri melalui pelaburan deposit jangka pendek dan simpanan tetap adalah dengan mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri yang bermesyuarat setiap bulan bagi memastikan lebihan tunai dilaburkan dengan pulangan yang optima, mengkaji peluang-peluang pelaburan serta mendapatkan kadar faedah atas pelaburan yang tinggi dari Institusi