Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

19) PENGURUSAN BANGUNAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan mengambil alih pengurusan bangunan rumah pangsapuri kos rendah yang mempunyai masalah?

    Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], hakmilik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah hakmilik semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyenggara dan mengurus bangunan pangsapuri sendiri. Tiada dalam mana-mana peruntukan undang-undang yang memperuntukkan kuasa dan tugas kepada PBT secara langsung untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan bersama flat kos rendah setelah tamat tempoh pembaikan oleh

     

    Walau bagaimanapun, Seksyen 86, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), telah memperuntukkan Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan di pangsapuri berkaitan. Setakat ini, terdapat 224 kawasan pemajuan telah diuruskan oleh ejen pengurusan yang dilantik Pesuruhjaya Bangunan.

     

    Sekiranya Kerajaan Negeri  mengambil  alih  semua  pengurusan  kos  rendah di Negeri Selangor, adalah dianggarkan Kerajaan Negeri perlu menanggung  kos yang sangat tinggi sejumlah RM139.2 juta setahun (anggaran kos penyenggaraan termasuk fi ejen pengurusan, insurans dan sebagainya sejumlah purata setiap unit petak RM50.00 melibatkan 231,947 unit petak pangsapuri kos rendah). Oleh itu, cadangan ini perlu dikaji dengan lebih teliti terutamanya kos sebenar yang terlibat termasuk kos akibat vandalisme dan kegagalan pemilik tidak membayar caj serta impak kepada usaha-usaha ke arah pemberdayaan komuniti yang tidak bergantung pada kerajaan secara berterusan.

     

    Berdasarkan analisis yang dibuat kepada JMB atau MC pangsapuri-pangsapuri yang berjaya, faktor utama yang mendorong kepada penyelesaian isu-isu JMB adalah kemahuan, komitmen dan kerjasama sesebuah komuniti pangsapuri itu sendiri untuk membuat perubahan menjadikan pangsapuri mereka kepada

     

    pangsapuri “Bersih, Ceria Dan Harmoni”. Malahan, Kerajaan Negeri mendapati, pengurusan bangunan yang dilaksanakan oleh jawatankuasa JMB atau MC adalah lebih baik kerana kos pengurusan yang lebih optimum.

     

  2. Apakah bantuan di bawah Skim Ceria atau skim lain yang ditawarkan oleh Kerajaan kepada penduduk-penduduk tinggal di rumah pangsapuri kos rendah?

    Atas dasar keprihatinan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program “Memberdayakan Komuniti” untuk membantu menyelesaikan masalah secara tuntas bagi semua pangsapuri kos rendah dengan penekanan kepada 3 aspek pengurusan seperti berikut:

     

    • Pengurusan fizikal
    • Pengurusan komuniti
    • Pengurusan kepimpinan

     

    Sehingga kini, pencapaian pelaksanaan bagi 13 program “Memberdayakan Komuniti seperti di LAMPIRAN A.

     

  3. Sila kemukakan senarai JMB/MC yang menyertai skim ceria atau program lain yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor dalam tempoh 2008-2015

    Atas dasar keprihatinan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program “Memberdayakan Komuniti” untuk membantu menyelesaikan masalah secara tuntas bagi semua pangsapuri kos rendah dengan penekanan kepada 3 aspek pengurusan seperti berikut:

    • Pengurusan fizikal
    • Pengurusan komuniti
    • Pengurusan kepimpinan

    Sehingga kini, pencapaian pelaksanaan bagi 13 program “Memberdayakan Komuniti seperti di LAMPIRAN A.

  4. c) skim ceria atau program lain yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor dalam tempoh 2008-2015.

    Senarai JMB/MC yang menyertai Skim CERIA atau program lain yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor dalam tempoh 2008-2015 adalah seperti di LAMPIRAN B.

Lampiran

Tiada Lampiran.