Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

15) HAL-EHWAL ORANG ASAL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan keluasan tanah rizab orang asli yang digazetkan mengikut tahun sejak Mei 2013 sehingga sekarang. Senaraikan

    JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)

     

  2. Sila nyatakan tanah-tanah yang dalam proses mendapatkan pelan pra-hitungan dan berapa lama telah diambil?

  3. Apakah jenis bantuan Kerajaan Negeri yang khususnya untuk Orang-Orang Asli dari segi pendidikan?

    BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM)

      Kerajaan Negeri telah menawarkan beberapa bentuk bantuan pendidikan daripada segi kewangan berbentuk subsidi, program-program dan biasiswa untuk menyambung pelajaran. Bantuan pendidikan ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan di Negeri Selangor termasuk golongan Orang Asal. Sepanjang pelaksanaannya program bantuan pendidikan ini juga telah dinikmati oleh Orang Asli seperti Program Tuisyen Rakyat Selangor, terutamanya di kawasan Dewan Negeri Dengkil dan Gombak Setia, manakala Program Subsidi Yuran ke Tadika atau Skim TUNAS telah melibatkan sebanyak

    97 orang penerima manfaat yang terdiri daripada Orang Asli semenjak ia dilaksanakan pada tahun 2012 sehingga 2015.

    Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan Biasiswa Sagong Tasi pada tahun 2015 iaitu program biasiswa khas untuk 10 pelajar Orang Asli  untuk melanjutkan pelajaran di UNISEL. Program biasiswa ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau

    dan Hal Ehwal Pengguna dan pihak UNISEL. Kerjasama ini dibuat memandangkan mekanisme pelaksanaan program Biasiswa Sagong Tasi memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza berbanding dengan biasiswa lain contohnya Biasiswa Selangorku.

Lampiran

Tiada Lampiran.