Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
10) SUKAN BOWLING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor ada rancangan untuk mempertingkatkan sukan bowling?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa merancang untuk meningkatkan mutu atau pencapaian sukan boling padang ini bersama-sama dengan pihak Persatuan Boling Padang Selangor. Antara perancangan bagi mempertingkatkan sukan boling padang ini adalah menumpukan kepada menaiktaraf kemudahannya untuk memudahkan pasukan dan persatuan menjalankan aktiviti di tempat sendiri kerana buat masa ini pasukan dan persatuan menjalankan aktiviti latihan dan penganjuran di Kompleks Boling Padang Bayuemas Klang dan ianya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pihak persatuan juga sangat aktif mengadakan kejohanan, menyertai kejohanan kategori senior dan pembangunan, bengkel-bengkel dan klinik-klinik boling padang di daerah-daerah dan juga di sekolah-sekolah.
-
Jika ya, apakah pelan perancangannya dan peruntukan yang diberikan?
Peruntukan tahunan kepada setiap persatuan yang bergabung dengan pihak Majlis adalah sebanyak RM 40,000.00 setahun dan peruntukkan untuk pasukan SUKMA pada tahun ini adalah sebanyak RM 60,000.00. Walau bagaimanapun, pada tahun ini sebanyak RM 1.3 juta diperuntukkan bagi memberi tumpuan kepada membaikpulih kemudahan di Kompleks Boling Padang Seksyen 13, Shah
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memberikan anugerah atau bantuan khas kepada Emma Firyana yang memenangi "World Bowl Championship 2015" di Australia?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah maklum dengan kemenangan yang dirangkul oleh Saudari Emma Firyana yang telah mewakili negara di Kejohanan ‘World Bowl Championship 2015’ di Australia. Atlet ini merupakan bekas pemain sukan boling padang SUKMA 2004. Pada tahun 2005, beliau telah berkhidmat dengan pihak PDRM dan sejak itu beliau tidak mewakili Selangor tetapi aktif mewakili majikannya sehingga beliau berjaya menempatkan diri ke skuad kebangsaan. Kerajaan Negeri melalui pihak Majlis Sukan Negeri Selangor buat masa kini tiada cadangan untuk memberi apa jua penganugerahan atau bantuan kepada beliau kerana beliau tidak mewakili Negeri Selangor untuk tempoh masa yang panjang.