Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

2) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pelaburan masuk ke Negeri Selangor setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?

    Bagi tempoh 2008 hingga 2015, sebanyak 2,099 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 74.59 bilion.

     

    Tahun

     

    Projek

    Peluang Pekerjaan Pelaburan

    Tempatan (RM)

    Pelaburan

    Asing (RM)

    Modal

    Pelaburan (RM)

    2008 302 30,980 2,866,163,788 9,004,746,225 11,870,910,013
    2009 278 22,753 2,752,526,768 4,007,064,183 6,759,590,951
    2010 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
    2011 263 20,750 4,504,853,012 4,237,146,599 8,741,999,611
    2012 252 22,719 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935
    2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852
    2014 229 15,118 3,836,871,787 3,205,388,198 7,042,259,985
    2015 222 14,139 4,182,475,179 3,781,323,681 7,963,798,860
    Jumlah 2,099 177,843 37,151,083,362 37,437,136,246 74,588,219,608
  2. Berapa peratuskah pelaburan ini berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?

    Bagi tempoh 2008 hingga 2015, Selangor telah menerima kelulusan projek perkilangan berjumlah RM 74.59 bilion dan jumlah ini menyumbang sebanyak 17% kepada jumlah pelaburan projek perkilangan yang diluluskan di seluruh Negara berbanding negeri-negeri

  3. Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan masuk di Negeri Selangor?

    Antara usaha-usaha yang dilaksanakan untuk meningkatkan pelaburan masuk di Negeri Selangor seperti berikut;-

     

    Pengurusan

    • Menyediakan pelan perancangan strategik sektor
    • Memperkukuhkan peranan agensi penggalakan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para
    • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur di peringkat Pihak Berkuasa

     

    • Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan
    • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan-kawasan perindustrian yang sedia
    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju
    • Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu-isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB
    • Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran
    • Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada

     

    Networking

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    1. Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di negara

     

    Promosi

    • Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar
    • Penyertaan dalam pameran yang bertaraf
    • Penganjuran Selangor International Expo yang dijadualkan pada 20 – 22 Oktober 2016 bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.