Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

340) PROJEK MADU KELULUT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan berkaitan dengan projek ini?

    Projek ini sedang berjalan dengan baik. Pada tahun 2015, sebanyak 20 usahawan baharu telah dilatih oleh Jabatan Pertanian.

  2. Berapa peserta yang terlibat dan telah berjaya?

    Sehingga kini, terdapat 8 peserta berskala komersil telah dibangunkan.

  3. Apakah proses permohonan untuk tujuan ini dan berapa lama untuk diluluskan?

    Permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian akan mengaturkan sesi latihan dan kursus sebelum meluluskan permohonan.

Lampiran

Tiada Lampiran.