Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
337) PENGURUSAN KUTIPAN SAMPAH DI PASAR BASAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk memastikan pengurusan kutipan sampah di pasar-pasar basah di bawah kelolaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat diuruskan dengan baik terutamanya dari sudut kebersihan dan bau busuk?
Kerja-kerja pembersihan di pasar-pasar basah adalah mengikut jadual yang ditetapkan oleh PBT. Namun bagi mengawal kebersihan dan bau busuk, kerja-kerja pembersihan terutamanya saliran dan longkang boleh dijalankan setiap hari bergantung kepada kemampuan PBT dan peniaga perlu diminta oleh PBT supaya bekerjasama dalam menjaga kebersihan dan sampah di pasar tersebut.
Selain itu, PBT perlulah menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk menampung kapasiti sampah yang dikeluarkan oleh pasar basah contohnya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menyediakan kemudahan tong sampah di tempat pengumpulan sampah dengan kekerapan kutipan sebanyak dua (2) kali sehari.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan semua PBT mencari kaedah alternatif dalam melupuskan sampah dari pasar basah ini. Sebagai contoh, langkah yang diperkenalkan oleh MBSA di Pasar Moden Seksyen 6, Shah
Alam iaitu pihak MBSA telah memperkenalkan Pusat Pengkomposan Sisa Pasar Moden Seksyen 6 sebagai inisiatif mengurangkan pembuangan sisa pepejal.