Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
335) ISU PROJEK THE LOURVE BERHAMPIRAN MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini berkenaan bantahan Rakyat mengenai projek ini?
a), b) dan c)
Pembangunan projek ini telah dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 24hb. Februari 2016 dan telah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24hb. Februari 2016 dan disahkan pada 2hb. Mac 2016.
Pihak Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengambil maklum perkara
– perkara berikut :-
Penjelasan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berhubung projek, kelulusan cadangan pembangunan seperti Kebenaran Merancang, perakuan Pelan Pra-Hitungan, Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan serta tindakan-tindakan notis dan kompaun yang diambil oleh Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Kawalan Bangunan, MPKj ke atas pemaju;
Bantahan yang dikemukakan oleh PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang kepada MPKj ke atas cadangan pembangunan pangsapuri perkhidmatan (The Louvre) ini adalah:
Salah laku, pelanggaran dan gangguan oleh pemaju
pemaju memasang hoarding melebih lot dan rizab jalan, menghalang laluan kenderaan awam, memberi ancaman keselamatan kepada warga sekolah.
pemaju mengeluarkan tanah dari tapak pembangunan tanpa permit dari PTD Hulu Langat.
Percanggahan kelulusan penyambungan jalan keluar/masuk terus ke Lebuh raya
– Mendakwa terdapat percanggahan di antara kelulusan pelan infrastruktur MPKj dan LLM, iaitu keperluan pembinaan flyover /viaduct bukan T-junction.
Percanggahan pelan pembangunan yang diluluskan dengan Pelan Rancangan Tempatan (RT) MPKj 2020
Mendakwa rujukan yang dibuat oleh PIBG cadangan pembangunan di atas tanah tersebut adalah pembangunan komersial Rumah Kedai 4 Tingkat sahaja.
Pembangunan pangsapuri The Louvre ini tidak sama dengan cadangan pembangunan yang diluluskan dan diwartakan di dalam RT.
Percanggahan dengan Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor (GPPNS)
Berdasarkan kelulusan Pelan Infrastruktur yang diluluskan oleh MPKj, Persiaran Hamidiah kekal sebagai jalan buntu/mati.
Merujuk kepada GPPNS pembangunan komersial/perniagaan tidak boleh dibina di jalan buntu/mati.
Traffic Impact Assessment (TIA) dan RSA tidak tepat dan boleh dipertikaikan
Mengandungi data yang tidak tepat untuk menghasilkan jumlah trip dengan perbezaan peratusan trip yang sangat tinggi dan tidak berpandukan kepada Trip Generation Manual 2010 yang dijadikan rujukan utama perunding trafik seluruh Malaysia.
Wakil pihak PIBG telah memaklumkan bahawa pihaknya mengetengahkan isu-isu seperti di perenggan (ii) di atas bukan bertujuan untuk membatalkan projek tersebut tetapi untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kelulusan oleh MPKj yang pada mereka tidak selari dengan kelulusan LLM dan juga tindakan pemaju semasa pembangunan dilaksanakan;
Namun MPKj memaklumkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan kelulusan pembangunan bagi projek The Louvre setelah mengambil kira semua aspek berkaitan termasuk pematuhan Rancangan Tempatan, garis panduan perancangan , peruntukan undang-undang yang berkaitan serta ulasan dan sokongan jabatan teknikal dan setelah merujuk kepada LLM dan mengguna
pakai kelulusan selari. MPKj turut memaklumkan bahawa kelulusan jalan masuk yang diberikan oleh MPKj kepada pemaju adalah terikat dengan pelan konsep yang diluluskan oleh LLM kepada pemaju;
Pihak LLM memaklumkan bahawa pihaknya telah mengkaji secara teknikal permohonan pemaju sebelum memberikan kelulusan dan pihaknya akan kekal dengan kelulusan sedia ada yang diguna pakai oleh MPKj berdasarkan surat dari LLM;
LLM turut memaklumkan bahawa melalui surat bertarikh 30 Jun 2016, pihaknya mengekalkan kelulusan cadangan konsep akses yang diluluskan oleh YB Menteri Kerja Raya melalui surat LLM rujukan: bil. (14) dlm.LLM/KS/2000/2/51-2014 bertarikh 17 November 2014 dan tidak mempertimbangkan cadangan pindaan jalan keluar/masuk baharu dari Tetuan Paris Dynasty Land Sdn. Bhd. Pelan infrastruktur MPKj yang diluluskan oleh MPKj adalah juga selaras dengan kelulusan LLM bertarikh 30 Jun tersebut.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju dengan perkara-perkara berikut:-
MPKj diminta mengambil tindakan sekiranya benar pemaju memasang hoarding melebihi lot dan menggangu laluan kenderaan; dan
LLM turut memanjangkan sebarang kelulusan yang diberikan kepada pemaju kepada MPKj.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melakukan kajian semula kelulusan untuk projek pembangunan ini?
-
Jika tidak , apakah pendekatan Kerajaan Negeri demi menyelesaikan masalah Rakyat ini?