Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

333) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan sumbangan dan kejayaan Yayasan Selangor pada tahun 2015?

    Yayasan Selangor masih meneruskan agendanya dalam memberikan perkhidmatan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor. Antara program pendidikan yang telah dilaksanakan adalah:

     

    1. Program Rancangan Khas Pendidikan KPM-YS

     

    1. Program HIPERS (High Potential Students)

     

    1. Pemberian Biasiswa Pelajar RKPYS

     

    1. Pembiayaan Pendidikan (Pinjaman Tambahan sahaja)
  2. Apakah halatuju dan perancangan Yayasan Selangor pada tahun 2016?

    Yayasan Selangor akan terus memperkasakan agenda pendidikannya selaras dengan motto Merakyatkan Pendidikan Selangor pada tahun 2016 seperti program di atas.

     

    Yayasan Selangor akan meningkatkan usaha menjana pendapatan melalui pemantapan pengurusan harta, pembangunan hartanah, pengurusan kem latihan, pengurusan ladang dan aktiviti pertanian.

     

  3. Apakah status terkini pembangunan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan Bukit Bintang?

    Yayasan Selangor ketika ini di dalam proses untuk menamatkan perjanjian usahasama dengan Pemaju sedia ada bagi pembangunan di tapak asrama Kg. Pandan. Bagi penggantian Asrama Kg. Pandan, pihak Yayasan Selangor sedang mengenalpasti tapak yang sesuai.

     

    Yayasan Selangor juga sedang membuka semula tawaran penyewaan di Bangunan Bukit Bintang.

Lampiran

Tiada Lampiran.