Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

330) PEMBINAAN JEJANTAS BERTINGKAT DI BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan tegas Kerajaan ambil untuk memastikan sebuah jejantas bertingkat di bulatan jalan raya Bandar Saujana Putra, Jenjarom dibina?

    Pihak majlis telah mengadakan satu mesyuarat khas berhubung cadangan pembinaan Jejantas Bertingkat di Bulatan Bandar Saujana Putra pada 03.02.2016 bagi mendapatkan jalan penyelesaian isu yang berbangkit. Oleh kerana isu ini di bawah tanggungjawab pihak PNSB pihak majlis telah meminta pihak PNSB mengetuai dan mendapatkan kata putus bagi isu agihan kos pembiayaan pembinaan jejambat bagi setiap pemaju yang terlibat.

  2. Apakah peranan Permodalan Negeri Selangor Bhd & Majlis Daerah Kuala Langat untuk pastikan jejantas bertingkat ini dibina tanpa dilengah-lengahkan masa?

    Tanggungjawab pembinaan Jejantas adalah di bawah pihak PNSB berdasarkan kelulusan dan perancangan sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.