Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
328) KENDERAAN BERAT PARKIR DI TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ingin tahu kawasan parkir kenderaan berat mengikut PBT seperti mana Pekeliling Arahan Penguatkuasaan kepada PBT bertarikh 8 Sep 2003
Kawasan parkir kenderaan berat mengikut PBT seperti mana Pekeliling Arahan Penguatkuasaan kepada PBT bertarikh 8 Sep 2003 :
PBT Kawasan Parkir Kenderaan Berat MBSA TIADA MBPJ TIADA MPK TIADA MPAJ TIADA MPSJ a) TP 7, Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya b) Tapak kawasan lapang di Lot 53457, Jalan BS 7/16, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan MPS TIADA MPKj TIADA MPSp TIADA MDKL a) Banting b) Telok Panglima Garang c) Jenjarum d) Tg Sepat MDHS TIADA MDKS TIADA MDSB TIADA -
Kenderaan berat yang dipakir di kawasan atau taman perumahan menimbulkan masalah dan kacau-ganggu kepada penduduk. Apakah tindakan Pihak Berkuasa Tempatan mengenainya?
Tindakan penguatkuasaan yang diambil ialah dengan mengeluarkan Notis Amaran disusuli dengan mengeluarkan kompaun di bawah Peruntukan 8 (1) UUK Taman 2005. Bagi kenderaan berat yang telah menerima beberapa kali Notis Amaran dan kompaun, jika masih ingkar tindakan menunda kenderaan tersebut akan dilakukan.
PBT tiada kuasa untuk menyenarai hitam pemilik–pemilik kenderaan berat yang melakukan kesalahan tegar, sehubungan itu PBT akan menghantar surat makluman berkenaan tindakan kompaun tersebut kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tindakan susulan dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.