Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
323) NILAI TAHUNAN HARTANAH UNTUK CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah nilai tahunan hartanah untuk cukai taksiran ditentukan?
Nilai tahunan hartanah adalah ditentukan seperti formulasi berikut: Nilai tahunan=(Keluasan Lantai) x (harga pasaran persegi) x (12bulan)
Harga pasaran persegi adalah berdasarkan aras tahun nilaian yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
*Sumber : Seksyen 2 Akta Kerajaan tempatan 1976 (Akta 171)
-
Nyatakan secara terperinci statistik kenaikan nilai tahunan hartanah di Selangor dari 2008 hingga 2015?
Tiada kenaikan nilai tahunan bagi pegangan di PBT dari 2008 sehingga 2015. Tahun terakhir nilaian yang telah dibuat mengikut PBT adalah seperti jadual berikut:
PBT Tahun Terakhir Nilaian MBSA 2006 MBPJ 1992 MPK 1993 MPAJ 1997 MPSJ 1992 & 1996 MPS 1985 MPKJ 1985 MPSP 1996 MDKL 1987 MDHS 1996
MDKS 1997
MDSB 1986