Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

316) DENGGI DAN ZIKA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan awal kerajaan negeri untuk mencegah wabak Zika?

    Antara usaha yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Negeri Selangor mencegah wabak Zika adalah melalui pengesan survelan terutama di pintu masuk negara dan juga survelan kes di fasiliti kesihatan melibatkan hospital dan klinik kerajaan juga swasta. Selain itu, survelan makmal juga telah dimulakan di mana pemantauan dilaksanakan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).

     

    Kawalan aktiviti lapangan bagi penyakit Zika pula turut menggunakan pendekatan yang sama seperti kawalan denggi. Ini adalah kerana vektor penyakit berkenaan adalah sama dengan denggi iaitu nyamuk aedes.

     

  2. Apakah kesan kewangan terhadap kerajaan negeri dalam usaha mencegah wabak denggi dan terbaru ini zika

    Peruntukan kewangan bagi pihak PKD dan JKNS untuk menjalankan aktiviti ini diterima terus dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

     

    PERKARA 2015 2016
    Peruntukan diterima di bawah 20000 untuk unit 4,078,630.00 5,044,000.00
    vektor
       
    *Peruntukan utk denggi sahaja 3,308,630.00 4,899,820.00
         
    Tambahan diterima khas untuk denggi sahaja 15,541,020.00 11,490,574.00
    TOTAL 18,849,650.00 16,390,394.00
         

     

Lampiran

Tiada Lampiran.