Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
301) TASKA / TADIKA DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah undang-undang yang patut dipatuhi untuk penubuhan taska atau tadika di Selangor?
- Penubuhan TASKA adalah merujuk kepada peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012.
Definasi TASKA adalah seperti yang terkandung di bawah Seksyen 2, Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 yang menyatakan TASKA adalah mana- mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun lebih daripada satu isi rumah dan dijaga dengan upah.
JKM merupakan agensi yang diberi tanggungjawab untuk mendaftarkan penubuhan sesebuah taska.
Manakala TADIKA pula adalah ditakrifkan sebagai pendidikan Pra Sekolah yang bermaksud Program Pendidikan Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. TADIKA juga adalah tempat di mana menempatkan sejumlah kanak- kanak pendidikan pra sekolah seramai 10 orang atau lebih. (Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Jabatan Pendidikan adalah agensi yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan penubuhan sesebuah TADIKA
-
Berapakah bilangan taska atau tadika ditubuhkan di dalam Bangunanbangunan Kerajaan Selangor sehingga masa kini?
Terdapat sejumlah 12 Jabatan / Agensi Negeri Selangor yang mempunyai tempat asuhan kanak-kanak seperti berikut:
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSUK Selangor);
- Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ);
- Majlis Perbandaran Klang (MPK);
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
- Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
- Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS);
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS);
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS).
Terdapat sejumlah 14 Jabatan / Agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) yang menyediakan kemudahan nurseri / taska seperti berikut :
BIL NAMA TASKA JABATAN/AGENSI 1.
TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2.
Pusat Perkembangan Minda Kanak-kanak MBPJ Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) 3.
Pusat Jagaan Kanak-kanak MPK
Majlis Perbandaran Klang (MPK) 4.
TASKA Permata Penyayang Klang
Majlis Perbandaran Klang (MPK) 5.
TASKA Permata MPSJ USJ 3C
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 6.
TASKA Permata Kuarters MPSJ
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 7.
TASKA MPKj
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) BIL NAMA TASKA JABATAN/AGENSI 8.
TASKA Si Comel Cerdik
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 9.
TASKA Permata Bunga Tanjung MPAJ
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 10. TASKA Minda Ria Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 11. TASKA Vonad Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 12. TASKA Si Kancil Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 13. TASKA Mutiara PKNS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 14. TASKA Permata PKPS Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) -
Berapakah bilangan Bangunan Kerajaan Selangor yang masih tidak ada taska atau tadika?
Manakala, Jabatan / Agensi Negeri Selangor yang tidak dilengkapi dengan bilik asuhan adalah seperti berikut:
- Semua Pejabat Daerah/Tanah;
- Semua jabatan yang berada di Bangunan SSAAS (JKR, JPS, PTGS, PNS, LPHS, Jabatan Perhutanan);
- Jabatan Pertanian Negeri Selangor;
- Jabatan Kebajikan Masyarakat;
- Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD);
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS);
- Jabatan Mufti Negeri Selangor;
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS);
- Pejabat DYMM;
- Lembaga Urus Air Selangor (LUAS);
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS); dan
- Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT)